Aku setuju dengan MB Selangor, secara dasar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 08, 2008

Aku setuju dengan MB Selangor, secara dasar

Kalau ikut Utusan Khalid kata buang masa dia pi melawat mangsa banjir atau tak dia kata macam tu aku tak pasti pasai perawi berita tu bukan jenis perawi saheh, sampai ada yang kata yang konfirm saheh kat utusan tu hanya keputusan no ekor jaa.

Secara dasarnya aku setuju dia cakap macam tu pasai pada aku benda-benda macam tu bukan kerja hakiki YB tambah-tambah lagi laa MB. Pada aku kita kena mendidik rakyat Malaysia supaya dapat membezakan YB dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah, Pejabat Baitulmal, badan-badan sukarela dan bermacam-macam lagi. Kita kena pebetui balik kefahaman masyarakat.

Cumanya aku tak berapa nak setuju sebab cara dan masa dia cakap tu kurang sesuai. Bahasa yang dia guna tu pun kasar sangat. Masyarakat Malaysia dah lama berfaham dengan pahaman tu. YB tempat rakyat mengadu, tempat mintak bantuan dan YB seolah-olah wajib tolong selesaikan apa jugak masalah rakyat termasuk masalah peribadi.

Dapi segi politik Malaysia ucapan macam tu memang kurang cerdik. Kalau tak terasa nak pi pun jangan laa sampai kata membuang masa. Habih-habih takdak pun bagitau laa ada program lain dan dah wakilkan secara peribadi kat sapa-sapa jadi wakil. Dalam pada tu selit laa sikit ayat-ayat mendidik supaya rakyat faham fungsi sebenar YB dan MB.

Tapi walau apa pun pada aku kalau kes besar macam ribut yang melibatkan ramai orang patut laa MB turun, tak boleh lama pun turun laa sat, bagi ucapan sikit lepas tu bagi sumbangan sikit. Dalam setengah jam pun boleh selesai. Lepas tu pi laa nak pi mana pun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...