Kesian laa sama kat depa | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 02, 2008

Kesian laa sama kat depa

Selain jenih daun kari dan jenis komersial ada lagi satu jenih. Yang ni elok kita panggil jenih subsidi. Depa ni pantang ada hai sikit, laju jaa pi cari YB. Sikit-sikit cari YB, apa pun mula-mula sibuk nak jumpa YB. Jenis ni tak kira sapa jadi YB, UMNO ka, DAP ka, PAS ka, depa tak kisah, janji YB. Angkat sumpah pun belum depa dah tercongok depan pejabat, tak pun dengan muka sposen tunggu depan pintu rumah.

Yang jenis sakit teruk tapi tak mampu nak berubat, anak nak sambung belajar tapi tak mampu nak hantar, kena saman speedtrap tapi nak beli basikal pun tak mampu. Yang jenis-jenis ni aku tak laa berapa nak marah sangat. Pasai depa ni memang susah, pelajaran pun tak tinggi kut. Maklumat takdak. Patutnya pi laa kerabat Pejabat Kebajikan Masyarakat dulu, tengok macam mana. Pi laa panjat Pejabat Agama, tanya kut-kut ada peruntukkan zakat, pi laa cari Biro Bantuan Guaman, mintak nasihat. Tapi nak buat macam mana, dah depa ni tak tau, nak tau macam mana kalau takdak orang bagi tau. Mungkin jugak depa dah pi, tapi pegawai kat sana pulak kerek semacam mungkin, rasa besar sangat dengan jawatan kerani cabuk depa. Dak, aku tak berapa nak marah sangat kat depa-depa ni cuma naik meluat jaa. Bawak segala resit, bil api air, surat saman dan tah apa-apa lagi nak suruh YB tolong setel. Mungkin depa dok paham YB ni wakil rakyat, tempat rakyat mengadu hai, tempat rakyat mintak tolong. Dak, aku tak berapa nak marah kat puak-puak ni. Kurang-kurang pun boleh YB cerita elok-elok, bagi khidmat nasihat, bantu setakat mampu.

Yang aku paling nak marah kat jenis yang kononnya ada pelajaran, yang pendapatan pun boleh tahan, yang patutnya ada otak tapi tak mau pakai, letak kat kepala lutut. Macam pejabat-pejabat sekolah, sibuk cari YB mintak sponser nak beli baju koperat untuk cikgu. Macam persatuan bekas kakitangan kerajaan, mintak sponser nak makan angin bercuti sambil belajar konon. Macam kelab sukan kakitangan kerajaan, nak mintak sponser baju pertandingan boling antara jabatan. Depa-depa ni ingat YB ni kerja chop duit. Kalau tak bagi mula laa kata macam-macam. Tak berapa nak mau tolong YB selesai kalau ada masalah. 'Lantak laa kat dia, baru jadi YB dah berlagak, kedekut taik hidung masin, pandai-pandai laa selesai sendiri, gatai sangat nak jadi YB, padan muka'

Hoii !!!

Hangpa ingat depa ni macam YB Umno ka? Kalau Umno memang laa macam chop duit. Rata kiri kanan atas bawah semua depa sapu. Pantang ada projek sikit ada laa persen kut bawah meja. Kepar tokey-tokey ajak minum pasai nak 'melabur'. Duit kerajaan pulak macam duit mak pak depa. Kalau macam tu kira oklaa jugak kalau hangpa mintak sponser. Kurang-kurang pun kurang laa sikit depa ni pi joli kat Pulau Batam, makan angin kat Danok, shopping kat Singapore. Pantang lepa dengar-dengar pi kursus kat Bali, paling koman pun cawangan Umno buat rombongan pi Langkawi, pi pangkor, pi Padang Besar, YB sponser.

Kesian laa sikit kat YB baru ni. Depa ni orang PAS. Mana ada duit. Masa pilihanraya baru ni beribu depa habih duit. Duit depa sendiri tu. Sampai ada yang terpaksa refinance rumah, refinance kereta, rata pinjam, nak buat belanja kempen. Dah menang ni ada laa sikit elaun, dalam 7-8 ribu kut aku agak, tu termasuk segala elaun milage, elaun mesyuarat dewan, elaun penginapan, elaun tayar dan tah apa-apa elaun lagi aku pun tak tau. Ada jugak yang kata banyak tu 7-8 ribu sebulan. Tapi cuba laa congak sendiri. Overhead pejabat YB ja pun dah 4-5 ribu sebulan, segala bil api air telefon internet, elaun pegawai-pegawai pembantu, sewa pejabat lagi. Duit minyak pun dah berapa.

Depa ni pulak kalau singgah kedai kopi nak kena belanja. Selang 2-3 hari ada orang mati. Time hujung minggu, tambah-tambah time cuti sekolah, merata orang panggil makan kenduri. Sekali-sekala kena pulak melawat orang sakit. Semua tu nak kena hulur sikit. Kalau himpun-himpin dalam sebulan tu dekat seribu jugak laa kut. Tu tak kira lagi belanja biasa macam orang lain. Sewa rumah kena bayar, installment kereta kena bayar. Makan minum anak bini lagi. Duit sekolah anak-anak lagi. Kat orang tua kena jugak hulur siki-sikit.

Time malam pulak ada yang panggil bagi kuliah, bagi ceramah, kalau tak pakai drebar pun kena jugak ajak sapa-sapa meneman. Kurang-kurang makan minum kena tanggung. Memang laa ada sikit saguhati orang bagi tapi biasanya kalau YB, duit minyak ngn tol pun kadang-kadang tak lepas. Tu tak masuk lagi sumbangan khas untuk parti. Sekali sekala ada program, YB kena jugak hulur-hulu. Cawangan-cawangan pun nak kena 'bela' jugak sekali-sekala kut.

Pendek kata kalau harap kat elaun ja memang boleh tak cukup. Lain laa kalau jenih YB yang tangkai jering. Yang depa kata genggam tak tirih. Mungkin jugak ada yang macam tu di kalangan YB PAS. Tapi kalau yang dah lama dalam parti, dah faham cara dan kehendak parti, dah faham keadaan dan harapan parti, yang faham konsep sebenar daun kari, komersial dan subsidi. Mesti tak sanggup punya laa buat macam tu. Sampai ada yang sanggup sampai tahap bagi semua elaun, masuk tabung khas semata-semata untuk kebajikan rakyat, untuk membela rakyat.

Sebenarnya jenis subsidi ni timbul dan berkembang pasai selama ni Ummo dok semai, dok buh baja, dok biar benda ni berjalan lama. Dah hampir sebati dalam masyarakat. Ni laa cara Umno nak pastikan rakyat sentiasa bergantung kat depa. Senang bila time mengundi tak payah buat apa pun kat puak-puak ni. Nanti depa pulak tolong kempen, tolong promote suruh undi, pertahan mati-matian. Puak-puak ni buat laa macam mana pun tak kalih punya. Kalau istilah la ni tak sabotaj punya, tak derhaka punya kat 'tuan' depa.

Tapi punya celaka pemimpin Umno ni, dengar cerita laa ni depa kerah ramai-ramai pi kat YB PAS. Mintak apa nak mintak. Mengadu apa saja. Dengan harapan para YB PAS ni tak boleh nak buat kerja lain selain melayan karenah depa-depa ni. Habis duit melayan permintaan depa-depa ni. Kalau tak puas hati nanti depa kata 'Tu laa, lain kali undi lagi depa, sokong lagi depa. Depa tu cakap ja lebih, mana reti buat kerja, perihatin rakyat konon, benda kecik macam ni pun tak boleh nak selesai, duit sikit macam ni pun kedekut nak keluar, depa dok sapu kat depa tu.'

Dari itu aku nak bagi nasihat atau saranan kat para YB PAS. Jangan layan sangat puak-puak subsidi ni. Kalau ada kesempatan basuh cukup-cukup kepala otak depa. Bila lagi, time jadi YB ni laa peluang nak didik masyarakat. Biar depa paham apa fungsi sebenar YB. Apa tanggung jawab besar YB. Apa misi utama YB. Kalau pun mungkin hilang 1-2 undi, biar pi laa. Usaha laa lebih sikit cari undi ganti yang mungkin hilang tu. Biar laa sorang dua marah pasai YB tak tolong tapi dalam masa yang sama ramai lagi yang boleh dapat manfaat dari masa, tenaga dan wang ringgit YB.

Sudah-sudah laa. Kesian-kesian laa sama kat YB. Depa ni ada yang sanggup letak jawatan untuk bertanding pilihanraya. Ada yang sanggup tinggai gaji 2-3 ribu pasai nak berkhidmat kepada rakyat. Ada pulak yang sanggup tinggai bisnes yang dah mula nak naik semata-mata nak sama-sama bagi pejatuh calon BN. Takmau bagi orang Umno jadi YB pasai dah lama puak-puak melaun ni dok perabih duit rakyat, dok tindas rakyat, dok tipu rakyat.

Sudah-sudah laa. Buang laa mentaliti subsidi yang ada tu. Moga-moga keberkatan dari keikhlasan kita 'membantu meringankan sikit' kerja YB ada balasanNya. Moga-moga akan lebih banyak 'keuntungan' yang lebih bermanafaat akan kita dapat secara tak langsung. Sama-sama laa kita berdoa agar YB-YB ni boleh selesaikan banyak perkara, banyak masalah yang selama ni terpaksa kita tempuh sama ada kita sedar atau pun tak.

Sudah-sudah laaa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...