Mat Sabu "kita adakan Pungutan Suara" | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, September 06, 2008

Mat Sabu "kita adakan Pungutan Suara"

Mat Sabu pernah kata dalam ceramah-ceramah dia patutnya dia dianugerahkan pangkat TUN pasai dia pejuang demokrasi sebenar. Dia bersungguh-sungguh berusaha menjaga demokrasi. Takmau sampai rakyat menterjemahkan kemarahan kepada Umnoi BN dengan cara kekerasan. Mat Sabu menggerakkan hingga jayanya demonstrasi BERSIH dengan penuh adab berbeza sekali dengan PROTES yang kontoversi.

Akhirnya pejuang demokrasi ni buka mulut, demokrasi adalah kuasa rakyat. Dan sepatutnya kuasa itu dikembalikan kepada rakyat. Malangnya politik tidak semudah ABC. Politik berlu berstrategi. Politik perlu berpihak. Politik perlu menjaga kawan. Politik perlu menjaga pengaruh. Politik perlu bertolak ansur.

Jadinya sebagai Naib Presiden sebuah Parti yang bersama dalam Pakatan Rakyat Mat Sabu perlu menapis ucapan. Ayat dari hati ditapis dulu sebelum keluar dari mulut kerana kenyataan yang keluar bukan sahaja dianggap kenyataan Mat Sabu tapi akan juga dianggap kenyataan rasmi PAS dan akan terdedah kepada manipulasi.

Lalu hasilnya tersurat melalui wawancara dengan Malaysiakini tersebut.

Mungkin ada ayat yang dah tersusun di hati tapi ditapis dan tak keluar dari mulut, mungkin ayat tu berbunyi:

"Sepatutnya kita mengembalikan semula kuasa menentukan kerajaan kepada rakyat. Biar Rakyat yang tentukan sama ada masih mahu kepada BN ataupun memilih PR. Dengan kuasa yang mungkin kita ada selepas 16 Septembar nanti, kita bubarkan parlimen, kita adakan Pilihanraya Umum, biar seluruh rakyat Malaysia menentukan pilihan mereka."

"Ataupun mungkin pilihan yang lebih baik kita adakan
Pungutan Suara. Satu lagi proses demokrasi yang belum pernah kita amalkan di Malaysia. Yang pentingnya kita kembalikan kuasa kepada rakyat"

Sebelum apa-apa aku nak minta maaf kat Bang Mat kalau sratemant tu tak pernah telintas dalam pikiran Bang Mat. Apa-apa pun dalam bab katak ni aku sangat setuju dengan Abang Mat dan aku cukup setuju kita jadikan 5 negeri yang dok ada sebagai contoh. Tak payah nak kalut-kalut.

"Biar kerajaan yang terbentuk nanti benar-benar kerajaan rakyat bukan kerajaan katak." .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...