Muzakarah ka, Muqabalah ka, janji RASMI | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Julai 25, 2008

Muzakarah ka, Muqabalah ka, janji RASMI

Tak kira la muzakarah ka muqabalah, yang penting bagi Umnoi, PAS masih sudi berjumpa dan bersembang secara RASMI. Aku rasa depa tak berapa peduli hasil bersembang secara RASMI tu, yang penting jadi isu RASMI. Depa pun tau takkan PAS sanggup nak kena belasah sekali lagi, tapi kalau PAS sanggup join Umnoi dah kira bonus besar laa...

Depa bukan peduli sangat benda lain, yang penting bakal-bakal 'katak' kat Sabah dan Sarawak nuu, biar depa nuu nampak yang Pakatan Rakyat tak kukuh, senang sangat goncang. Jadinya depa nuu nak lompat pun kena pikir banyak kali, silap haribulan elok-elok dalam kerajaan, bila dah lompat jadi pembangkang pulak. Tumpang boleh jugak buat harta sikit, langsung tak dapat apa, silap-silap habih kena londeh mana dok ada.

Jadinya aku dari golongan yang tak setuju perubahan sebelum 16 September mengalu-alukan apa pun bentuk 'sembang' secara RASMI antara PAS dan Umnoi.

Walaupun aku tak pernah yakin langsung dengan kerajaan Pakatan Rakyat terutama sekali yang ada kat Perak ni, tapi tumpang ada sikit peluang, PAS patut gunakan segala ruang yang ada dalam kerajaan negeri untuk menjayakan misi dan visi. Jadinya aku cuma takat sokong ada sembang secara RASMI ja, jangan pulak tiba-tiba berubah cerita jadi lain.

Walau macam mana pun, aku nak kena tulis kat sini, janji aku, KALAU, aku tekankan lagi KALAU laa Pak Awang Tok Imam 'terkawin' dengan Timah Janda jangan cari aku, pasai mungkin ada kat mana-mana gunung tak pun mana-mana bukit atau pun mana-mana tanjung. Kalau jumpa aku jangan sembang pasai PAS, aku takkan layan. Taktau sampai bila, sekurang-kurangnya sampai kalau depa bercerai atau pun Timah Janda mati kut, atau mungkin kalau ada seru lain pulak yang releven. Tapi kalau tanya aku aku rasa legih ke tak jadi, tak beraninya depa, tak pasai-pasai pulak ramai yang demo kat Jalan Raja Laut pulak.

Akhir sekali,
"SELAMAT BERMUQABALAH"


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...