

DSAI ke Dewan CRC diberi sambutan luar dugaan. Pukulan kompang, tarian naga & india mengiringi DSAI masuk ke dewan dengan laungan gemuruh Reformasi oleh puluhan ribu rakyat yang hadir. Waktu kemuncaknya tiba apabila DSAI mengejutkan para hadirin dengan mengumumkan bahawa
"Kulim hari ini mencipta sejarah dengan melahirkan bakal Perdana Menteri Malaysia ke 6..saya Anwar Ibrahim mengumumkan bertanding di Parlimen Kulim Bandar Bharu apabila kerusi ini dikosongkan nanti..". Pengumuman mengejutkan ini disambut sorakan hebat rakyat dengan laungan takbir & reformasi oleh hadirin semua.
artikel penuh di
zul4kulim.blogspot.com

Aku cukup tak paham pasai apa orang tu pilih Kulim, tak pernah pun masuk dalam senarai sebelum ni. Mula-mula timbul
Permatang Pauh tempat bini dia, lepas tu
Lembah Pantai tempat anak dia, lepas tu pulak
Bandar Tun Razak tempat Khalid Ibrahim yang juga ADUN di Ijok. Sejuk sat tiba-tiba tinbul
Kuala Kangsar pasai ramai yang yakin Maklong Pidah kalah kat mahkamah.


Tiba-tiba pulak malam kemarin dulu umum nak bertanding kat Kulim. YB Zulkifli Nordin sanggup letak jawatan. Takdak tempat lain dah ka??? Awat pulak YB Zul yang kena korban. Banyak lagi tempat lain, contohnya tempat si
Gwo Burne yang tak berapa nak matang lagi tu. Bukannya Kulim tak perform, malah dia antara MP pembangkang yang agak terkenal dan dikenali.


Tapi aku rasa laa mungkin dia dilihak tak cukup PKR kut. Kan dia ni dulu PAS, mungkin sebab tu laa kut, dari korbankan orang kuat PKR baik korbankan MP PKR yang berbau PAS. Biar PAS sedar diri sikit, kurang sikit "orang depa". Aku rasa laaa...