Aku tak pasti kalau ada orang yang boleh bagi jawapan yang boleh memuaskan hati aku. Kalau takat hujjah kes petisyen di mahkamah pada aku tak cukup kuat malah kes di mahkamah lebih mengundang banyak persoalan pasai kes tu masih tertangguh dan sejarah perundangan Malaysia terlalu jarang berpihak pada musuh politik kerajaan Umnoi BN.
Kalau hujjah kerusi selamat banyak lagi kawasan Parlimen lain yang majoriti lebih besar. Kulim Bandar Baru menang majoriti 5,500 undi ja. Kalau tengok kat Selangor belambak kerusi PKR yang menang lebih 5,000 undi. Kalau hujjah takmau korbankan 'tokoh' PKR yang dapat majoriti besar takdak masalahnya kalau pilih P104 Kelana Jaya. Kalau orang tu mintak takkan berani budak tu tak bagi.
Jom kita bandingkan antara Kulim dengan Kelana Jaya
P18 KULIM-BANDAR BAHARU
Jumlah Pengundi: 52,127
Peratusan Kaum: M:69.47% C:18.60% I:11.76% L:0.18%
1. Zulkifli Nordin (PKR) (22,255)
2. Datuk Abdul Aziz Syeikh Fadzir (BN) (16,672)
Majoriti: 5,583
Jumlah undi: 39,949
Peratus mengundi: 76.64%
Undi rosak: 1,022
P104 KELANA JAYA
Jumlah Pengundi: 79,648
Peratusan Kaum: M:41.88% C:38.72% I:17.92% L:1.48%
1. Gwo-Burne Loh (PKR) (30,296)
2. Datuk Lee Hwa Beng (BN) (25,267)
3. Lim Peng Soon (Bebas) (1,895)
Majoriti: 5,029
Jumlah undi: 58,523
Peratus mengundi: 73.48%
Undi rosak: 1,065
Kalau tengok majoriti memang banyak Kulim tapi kalau takdak calon bebas kat Kelana Jaya mungkin majoriti hampir-hampir 6,000 undi. Kalau faktor kemenangan Pakatan Rakyat pilihanraya lepas masih relevan komposisi kaum di Kelana Jaya lebih selamat. Hindraf dan orang Cina belum beralih arah malah tak heran kalau pengundi melayu pun akan beralih menyokong. Tu belum lagi ambik kira faktor-faktor lain.
Jadinya aku amat yakin ada motif lain pasai apa Kulim Bandar Baharu yang orang tu pilih. Aku rasa takdak motif terlindung lain melainkan ini adalah sebahagian agenda golongan yang "mencurigai" Islam tak kira laa kumpulan Islam Liberal ataupun pejuang-pejuang IFC.
Sapa pun tak boleh nafikan golongan ni cukup ramai dalam PKR malah dilihat cukup berpengaruh. Jadi tidak mustahil pemilihan Kulim Bandar Baharu adalah cadangan puak-puak ni.
Mungkin ramai yang telah terlupa kes Kartina Kamaruddin, kes Lina Teoh, dan banyak lagi kes-kes MURTAD yang dikendalikan oleh Peguam Zulkifli Nordin. Malah aku pernah dengar khabar angin yang dia ni pernah semacam di'ban' secara tak rasmi dari ceramah PAS kerana dianggap terlalu vokal dalam isu MURTAD.
Sahih golongan-golongan ni takut kalau YB Zulkifli Nordin guna kuasa dia sebagai Ahli Parlimen memperjuangkan isu MURTAD ni. Dan pastinya seboleh mungkin golongan ni akan pastikan apa jugak rancangan yang akan depa buat tak disekat oleh Ahli Parlimen dari PKR. Baru pusingan ketiga sidang parlimen YB Zul dah timbulkan isu Wahabi dan mungkin akan datang kalau dapat peluang suasana yang sesuai isu MURTAD pulak dia bagi timbui.
Tapi apa nak kata, pengumuman bersejarah dah dibuat, kalau pun pemilihan Kulim Bandar Baharu tak dibuat oleh orang tu, berani ka dia tukar. Harap-harap ada la masalah teknikal atau isu baru timbul atau apa-apa ja la, yang memungkinkan orang tu pilih tempat lain.
Artikel berkaitan:
- CERAMAH LAWYER ZULKIFLI NOORDIN (KES MURTAD)
- MESTI BACA
- KES MURTAD AZLINA JELANI (LINA JOY) & KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN: IMPLIKASI TERHADAP ISLAM & MELAYU DI MALAYSIA