Tak rasa macam memerintah pun | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 08, 2008

Tak rasa macam memerintah pun

Baru ni aku balik kampung, lepak kat gerai biasa. Nak jumpa member-member, sembang-sembang, update perkembangan terkini. Kena jugak ambik tau isu panas tempatan.

Sembang dengan sorang member ni, kira aktivis jugak laa, tapi bukan jenis tradisional punya PAS, maksud aku bukan jenis yang selalu kata kata "Yang baik itu dari Allah subhanahu wata'ala, yang buruk dan jahat tu dari UMNO Barisan Nasional." Dia ni bukan jenis tu, tapi jenis agak open sikit.

Aku : La ni hang ada rasa dak macam kita perentah Perak.

Dia : Aku pun dah terfikir bab ni. Memang tak rasa pun. Rasa sama macam masa UMNO dok perintah lagi. Tapi mungki pasai baru kut.

Aku : Patutnya masa masih baru ni laa yang akan terasa sangat. Macam kata pepatah 'Hangat-hangat taik ayam' Bukan maksud tersirat tapi maksud tersurat . Taik ayam bila dah lama mana panas lagi dah tapi makin sejuk, walaupun bau dia tetap ada.

Dia : Betul jugak. Kalau dah lama tak mustahil mungkin akan jadi 'Alah bisa tegal biasa'. Langsung dah tak terasa.

Aku : Ni kita yang boleh diklasifikasikan sebagai aktivis ni. Kalau bukan aktivis parti, tak kira laa PAS ka UMNO ka, DAP ka. Jenis yang tak baca paper pulak lagi laa. Tentu punya tak rasa.

Dia : Mungkin sebab bukan PAS yang menang kut macam Kelantan, macam Kedah. Tapi patutnya mesti ada rasa belain.

Aku : Masa baru-baru menang dulu ada jugak terasa pasai rata depa dok buat kenduri kesyukuran. Walaupun aku jarang kena panggil, pi lagi laa jarang, tapi dok dengar jugak laa orang dok bersembang. Aku rasa hang patut buat sesuatu. Kalau terus dok macam ni, baik tak payah.

Dia : Awat aku pulak?

Aku : Hang kan orang harapan YB. Penasihat tak bertauliah.

Dia : Apa pulak! Masa masih calon dulu boleh laaa. La ni dah jadi YB ni malas laa aku, Tak reti aku nak pi himpit-himpit YB ni. Kalau dia nak, pandai laa dia mai jumpa aku. Dulu boleh takkan laa ni tak boleh pulak. Lagi pun depa dah lantik Pegawai Khas, takkan makan elaun buta kot.

Aku : Sejak bila pulak hang percaya kat depa?

Dia : Tak baik laa cakap macam tu. Depa tu banyak pengalaman, masa dengan YB dulu pun depa jugak yang buat. Hang ni pun. Kita patut dengan depa. Macam laa kita ni hebat sangat!

Aku : Arab kata 'khusnus zonn'. Tapi pasai depa yang buat kerja dengan YB dulu laa hang patut tengok-tengok, sebabnya aku rasa antara punca tahun 2004 dulu PAS kalah pun depa-depa ni ada saham jugak. Sekurang-kurangnya depa tak reti nak tolong tampung kelemahan YB dulu yang tak berapa nak boleh selalu balik jaga kawasan. Depa jugak dok jaja rata yang 'dia wakil rakyat satu Malaysia'. Sampai kat aku pun depa selamba kata macam tu. Siap marah lagi bila aku tanya awat YB lama tak balik.

Dia : Tapi aku rasa laa, kita tak rasa macam kita perintah ni mungkin pasai kita tak harap langsung nak memerintah negeri kut. Sapa boleh terpikir UMNO boleh kalah sampai Perak dapat kat pembangkang. Kalau takat dua tiga kerusi tu memang ramai yang yakin. Tambah pulak tahun 2004 kerusi yang menang tahun 99 pun kalah.

Aku : Tapi tak sepatutnya jadi macam ni. Ni laa peluang kita nak tunjuk kat rakyat yang ada orang lain boleh perintah jauh lebih baik dari UMNO. 4 tahun bukan lama, silap-silap tak sampai 4 tahun.

Dia : Hang ni cakap macam YB kita tu tak reti apa. Takkan depa takdak plan. Mesti ada punya tu. Dok berhati-hati laa kut. Dengar cerita Ahli Majlis pun tak lantik lagi. Ketua Kampung pun tak dengar cerita lagi. Pelan-pelan laa, bukan boleh kalut-kalut. Puak-puak tu dok tunggu jaa, ada peluang depa hemtam. Tengok kes Jamri Sury. Tiap-tiap malam berita TV dok beratit. Tak pa laa, Aku kena balik. Lain kali laa kita sambung lagi.

Aku : Cheh! awai lagi. Sat laa. Aku baru nak bukak pasai tu pulak.

Dia : Nak kena ambik anak. Tusyen. Lambat satgi macam semalam, moncong pulak mulut dia. Lagi pun risau jugak aku, la ni bukan boleh harap sangat, macam-macam boleh jadi. Kalau yang lelaki pun aku tak berapa nak harap, ni perempuan, lagi laa. Hang ingat senang ka nak buleh anak. Kerja keras tiap malam pun belum tentu lagi. Tokey! mai kira.

Aku : Tak pa satgi aku bayar. Lagipun aku nak tambah second round. Satgi ada laa yang lain mai kut.

Dia : Hang ingat duit aku tak laku ka? Hang nak berapa round pun aku peduli apa, aku bayar takat round ni ja. Ok. Lain kali balik call aku, boleh sembang panjang sikit. Assalamualaikum.

Aku : Alaikummussalam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...