Persempadanan semula Bahagian Pilihanraya: Sandiwara auta Umno BN | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Oktober 14, 2016

Persempadanan semula Bahagian Pilihanraya: Sandiwara auta Umno BN

Kalau Umno BN tidak setuju SPR takkan berani buat cadangan persempadanan semula tu dan memang pun terbukti kesemua pindaan yang dibuat memang untuk menguntungkan Umno BN dan memastikan Umno BN terus kekal memerintah selepas PRU14 akan datang.

Roletkini dalam berita bertajuk "Jangan berlakon, BN dicabar hantar bantahan jika betul tidak setuju dengan SPR" melaporkan:
DAP mencabar kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menyatakan pendirian tegas terhadap cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang menjadi pertikaian pelbagai pihak termasuk daripada komponen parti pemerintah itu sendiri.

Penolong Setiausaha DAP Selangor, Dr Ong Kian Ming berkata, BN harus menunjukkan kesungguhan dengan menghantar borang bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan cadangan berat sebelah dan membelakangi Perlembagaan yang dibawa agensi itu. - Roketkini.
Bernama pada 1 Oktober dalam berita bertajuk "BN Perak Akan Kemuka Bantahan Persempadanan Semula Kepada SPR" melaporkan:
Barisan Nasional (BN) Perak akan mengemukakan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) mengenai cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya sebelum 14 Okt ini.

Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pendekatan mengemukakan bantahan jelas menunjukkan kematangan parti itu terhadap sesuatu perkara dan bukannya melemparkan tuduhan tidak berasas seperti pembangkang. - Bernama.
Utusan pulak pada 26 September dalam berita bertajuk "UMNO Melaka gesa SPR kaji semula cadangan persempadanan Parlimen, DUN" melaporkan:
UMNO Melaka menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melihat dan meneliti semula cadangan dalam Kajian Semula Persempadanan Kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-negeri Tanah Melayu kerana dilihat tidak menepati kehendak serta keperluan parti di peringkat negeri.

Pengerusi Badan Perhubu­ngan­nya, Datuk Seri Idris Haron ber­kata, pihaknya tidak berpuas ha­ti dengan cadangan SPR yang mengesyorkan tiada perubahan bi­langan bahagian pi­li­han raya bagi Parlimen dan DUN Negeri-negeri Tanah Melayu­. - Utusan.
Juga dilaporkan:
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Serdang berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita mengenai rungutan sama yang ditumbulkan parti komponen BN termasuk UMNO terhadap cadangan berkenaan.

V. Ganabatirau dalam sidang media yang sama bagaimanapun menempelak BN yang didakwa berpura-pura tidak bersetuju dan tidak berpuas hati dengan cadangan yang dirangka SPR itu, sedangkan ia sebenarnya memberi kelebihan kepada parti pemerintah itu.

“Itu semua sandiwara BN,” katanya ringkas. - Ibid.
Kesimpulannya, cuma orang yang buta politik saja yang tak nampak auta sandiwara Umno tu. Malah kalau pun betul depa ada hantar borang bantahan, itu tak lebih sekadar aksi 'poyo' penipu.

Kalau Umno BN tidak setuju SPR takkan berani buat cadangan persempadanan semula tu dan memang pun terbukti kesemua pindaan yang dibuat memang untuk menguntungkan Umno BN dan memastikan Umno BN terus kekal memerintah selepas PRU14 akan datang..

Caranya dengan memindahkan Daerah Mengundi yang ramai pengundi cina dari 'Dun target' dan dilungguk di DUN yang memang majoritinya pengundi cina ataupun memindahkan Daerah Mengundi yang calon pembangkang menang dalam PRU yang lalu ke DUN yang calon Umno BN kalah untuk tingkatkan peluang atau margin kemenangan di DUN di Dun tersebut.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...