Kesan 'patukan' Umno cukup parah yang mengistiharkan mageran di Kelantan yang mengakibatkan PAS bukan saja kehilangan Kelantan tetapi kalah teruk dalam PRU 1978 sehingga tinggal 'batu nesan'
Kredit imagge: FMT |
Mursyidul am PAS baharu, Hashim Jasin menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Beliau menyifatkan hubungan PAS dengan DAP ibarat “berpatah arang” kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Sinarharian.
Nampak gayanya terbukti pemikiran Mursyidul Am PAS yang baru ni memang selari dengan pendakatan PAS yang memusuhi DAP.
Terbukti betul macam andaian aku dalam posting sebelum ini
Apa pun, setakat ni aku tak nampak degan perlantikan ust Hashim Jasin tu akan bawa apa-apa perubahan dalam PAS. PAS tetap juga akan 'benci' DAP dan Amanah dan tetap akan 'flip-flop' untuk nak kerjasama PKR dan Bersatu dan tetap akan terus 'main mata' dengan Umno. - Ibid.Malah aku yakin Mursyidul Am PAS yang baru ni akan sokong penuh hati kalau Hj Hadi buat keputusan untuk bekerjasama dengan Umno termasuk dalam PRU akan datang.
Bernama juga melaporkan:
Katanya kerjasama dengan DAP pada PRU ke-13 lepas berdasarkan “tahaluf siyasi” (pendekatan politik) bersyarat manakala kerjasama dengan Umno atas dasar perpaduan umat Islam demi mendapat keredaan Allah.Cumanya aku agak mushkil sikit macamana dia boleh kata PAS berpatah arang dengan DAP gunakan alasan tidak mahu 'dipatuk 2 kali ditempat sama' tapi boleh pulak bekerjasama dengan Umno. Sedangkan Umno lebih awal 'patuk' PAS berbanding DAP.
“Kita tidak mahu ulangi kesilapan dipatuk 2 kali di tempat sama kerana menjalin semula kerjasama dengan DAP,” kata Harun pada sidang media di sini, hari ini. - Ibid.
Dengan DAP, PAS cuma bertahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat tapi dengan Umno, PAS siap bersama tubuhkan Barisan Nasional yang berdaftar dengan SPR malah siap bertanding atas tiket BN.
Kesan 'patukan' Umno cukup parah yang mengistiharkan mageran di Kelantan yang mengakibatkan PAS bukan saja kehilangan Kelantan tetapi kalah teruk dalam PRU 1978 sehingga tinggal 'batu nesan' cuma menang di Dun Kemumin dan Manek Urai.
Di peringkat Parlimen pun PAS merosot teruk, cuma menang 5 kerusi sahaja. 2 dari Kelantan (Pengkalan Chepa dan Bachok), 2 dari Kedah (Kota Star dan Baling) dan 1 dari Pulau Pinang (Permatang Pauh).
Manakala kesan 'patukan' DAP aku tak berapa pasti melainkan kalau "DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden PAS" tu boleh dikatakan 'patukan' DAP.
Kalau nak kata DAP sabotaj Hudud di Kelantan sebagai 'patukan' DAP pun tak logik sebab memang dari awal DAP tidak pernah bersetuju dengan perlaksanaan undang-undang hudud.
Bernama juga melaporkan:
Pendekatan berbaik-baik dengan Umno bukan kerana Pas dilihat lemah menjelang PRU ke-14 berikutan perpecahan dalaman sehingga wujud Amanah, katanya.
"Dulu (zaman Allahyarham Datuk Nik Aziz) berbeza namun dasar perjuangan Pas untuk menegakkan syiar Islam tidak berubah, bukan mengikut kepala orang yang dilantik menjadi Mursyidul Am)," tambah beliau. - Ibid.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis