Takkan takdak orang PAS yang mengeletaq kaki tengok video samseng baju merah ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Oktober 09, 2016

Takkan takdak orang PAS yang mengeletaq kaki tengok video samseng baju merah ni?

Apa pun, aku yakin cukup ramai kaki demo dari kalangan ahli dan penyokong PAS yang yang dah mengeletaq kaki tengok aksi kurang ajaq geng baju merah ni tapi terpaksa pendam perasaan takut dituduh 'pengkhianat' kalau turun demo Bersih 5 pada 19 November nanti.

Sohor sari dua mat gedebe kg dusun ni up! - Buyeh Mubiyyin
Malaysiakini dalam berita bertajuk "Jamal: Kalau yang akan datang, saya akan lompat kereta atas kereta dia" melaporkan:
Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, pihaknya akan bertindakbalas secara lebih agresif terhadap konvoi BERSIH seterusnya.

Ditanya mengenai sekatan yang beliau dirikan di laluan Teluk Intan-Bidor awal hari ini, Jamal berkata, ia secara kebetulan apabila berlaku perselisihan ketika kumpulan baju merah dan BERSIH melintasi laluan tersebut.

"Kalau saya pegang stereng, saya tidak tahu apa jadi, nasib kawan saya pegang stereng, saya duduk di belakang," ujar beliau. - Mkini.
Dalam satu kejadian lain Malaysiakini dalam berita bertajuk "Penyokong Bersih dilempar telur, diterajang di Sabak Bernam" melaporkan:
Selepas menghampiri kumpulan baju merah itu, seorang lelaki telah berundur tetapi seorang lagi yang mana motosikalnya ditolak, berdiri dan dilempar dengan telur.

Seorang peserta baju merah kemudian menendang dari belakang sehingga menyebabkan beliau terbaring ke atas jalan raya.

Seorang pegawai polis kemudian mecelah menerusi orang ramai bagi membantu peserta BERSIH tersebut.

Lelaki itu kemudian ditendang buat kali kedua oleh individu lain dari belakang ketika pegawai polis sedang meminta semua pihak agar bertenang. - Mkini.
Kat bawah ni video insiden menendang dan ditendang tersebut.


Kat bawah ni pulak ucapan Jamal "Pak Tongkol" yang pada aku cukup jelas mencabar 'kejantanan' veteran demo Bersih 1, 2 dan 3.


Minggu lepas geng baju merah ni dah mula provoke macam yang aku tulis dalam posting aku sebelum ni bertajuk "Sampai macam tu depa punya provoke hangpa tak rasa apa-apa?"

Minggu ni nampaknya depa bertindak lebih ganas dan kalau tengok bahasa Jamal 'Pak Tongkol' tu besar kemungkinannya konvoi Bersih 5 lepas ni provokasi depa akan lebih hebat lagi.

Harap-harap tak sampai ada yang 'syahid'.

Apa pun, aku yakin cukup ramai kaki demo dari kalangan ahli dan penyokong PAS yang yang dah mengeletaq kaki tengok aksi kurang ajaq geng baju merah ni tapi setakat ni terpaksa pendam perasaan takut dituduh 'pengkhianat' kalau turun demo Bersih 5 pada 19 November nanti.

Untuk depa-depa ni, nasihat aku satu saja, hangpa patut tengok video kat atas ni sekali lagi, lepas tu tengok pulak video-video aksi Demo Bersih 1,  2 dan 3 yang ada cukup banyak terutama di Youtube sambil kenang balik pengalaman hangpa sendiri masa demo-demo tu.

Aku yakin lepas tu hangpa tak akan teragak-agak lagi untuk keputusan untuk turun demo sekali lagi dalam demo BER5√H pada 19 November nanti.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...