Mudah ceritanya, untuk pastikan berlaku pertandingan satu lawan satu atau tidak dalam PRU14 akan datang keputusannya ada ditangan PAS, cuma perlu pilih salah satu dari 3 pilihan.
Sinarharian dalam berita bertajuk "Gesa pertandingan satu lawan satu" melaporkan:
Parti politik pembangkang perlu memastikan berlaku pertandingan satu lawan satu di semua kerusi Dun dan Parlimen sekiranya mahu mewujudkan peralihan kuasa politik di peringkat Pusat dan negeri.
Penolong Setiausaha III Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, pertandingan melebihi dua penjuru hanya memberi kelebihan kepada BN, sekali gus menggagalkan matlamat untuk kerajaan sedia ada.
Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada kepimpinan Pusat untuk menentukan tindakan sesuai bagi memastikan hanya wujud pertandingan satu lawan satu pada PRU14. - Sinarharian.
Dalam berita bertajuk "Pas sambut baik cadangan Tun M" pula Sinarharian melaporkan:
Pas sambut baik cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua parti pembangkang bersatu menumbangkan BN.Untuk PRU14 akan datang aku yakin PKR dan DAP dah belajar dengan kebodohan depa masa PRN Sarawak sebelum ni.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, bentuk kerjasama yang boleh dijalankan adalah perbincangan supaya hanya berlaku pertembungan satu lawan satu dengan BN pada PRU14.
“Soal supaya bergabung itu, saya rasa pimpinan Pas tidak ada bincang. Kerjasama ini tidak semestinya bergabung, mungkin kerjasama secara tidak langsung bagi menghadapi pilihan raya.
“Apa yang disuarakan Mahathir bertujuan menukar kerajaan sekarang dan ia selari dengan pendirian Pas,” katanya kepada Sinar Harian. - Sinarharian.
Akibat sikap tamak, ego dan tak mau bertolak ansur berlaku pertindihan calon dalam Pakatan Harapan dan hasilnya kesemua kerusi yang berlaku pertindihan calon PKR dan DAP calon BN menang mudah.
Di pihak parti Amanah dan PPBM Bersatu, aku tak rasa akan ada masalah. Sebagai parti baru setahun jagung yang masih belum kuat diperingkat akar umbi, memang BANGANG sangat-sangat kalau tak reti nak bertolak ansur dalam bab pembahagian kerusi.
Jadinya untuk pastikan berlaku pertandingan satu lawan satu pada PRU14 akan datang pada ku formulanya cukup-cukup mudah.
Ada 3 pilihan, kalau pilih salah satu memang takdak masalah untuk ada pertandingan satu lawan satu pada PRU14 akan datang.
Pilihan yang pertama PAS sedia berunding dan bertolak ansur dengan parti pembangkang yang lain. Kalau PAS sanggup jilat ludah sendiri, sanggup berunding dan bertolak ansur terutama sekali dengan parti Amanah dan juga DAP memang takdak masalah langsung untuk pastikan pertandingan satu lawan satu.
Pilihan yang kedua PAS berkerjasama atau nak mudah lagi bergabung terus dengan Umno BN. Kompom akan berlaku pertandingan satu lawan satu.
Pilihan yang ketiga, PAS jangan masuk bertanding, pilihan yang ni lagi pompon akan berlaku pertandingan satu lawan satu.
Mudah ceritanya, untuk pastikan berlaku pertandingan satu lawan satu dalam PRU14 akan datang keputusannya ada ditangan PAS, atau lebih tepat lagi keputusannya terletak di tangan Presiden PAS yang pegang kuasa veto dalam PAS, nak atau tidak pertandingan satu lawan satu sebenarnya Hj Hadi yang tentukan.
Kalau Hj Hadi betul-betul mahukan pertandingan satu lawan satu dia cuma perlu pilih salah satu dari 3 pilihan tu.
Tapi kalau pemimpin Hj Hadi tetap dengan sikap keras kepala, tak sedar diri dan BANGANG tak ketahuan punca jangan harap la akan ada pertandingan satu lawan satu antara parti pembangkang dengan Umno BN.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis