Apa alasan Husam Amanah bakal tawan Kelantan dalam PRU14? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, September 03, 2016

Apa alasan Husam Amanah bakal tawan Kelantan dalam PRU14?

Pengundi Kelantan biasa 'mengajar' PAS Kelantan sehingga PAS Kelantan cuma tinggal dua kerusi saja dan pengundi Kelantan pernah 'mengajar' umno Kelantan sampai tahap langsung tak ada walau satu kerusi pun.

Malaysiadateline dalam berita bertajuk "Husam yakin Amanah menang di Kelantan walaupun tiga penjuru" melaporkan:
Adun Salor, Datuk Husam Musa yang mengumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) di Cyberjaya 30 Ogos berkata beliau yakin parti yang baru disertainya boleh menang untuk mentadbir negeri dalam pilihanraya umum akan datang walaupun dalam pertandingan tiga penjuru.

"Saya yakin gabungan Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang lain akan mencapai sasaran untuk menang dalam piliharaya umum ke 14," katanya pada sidang media yang diadakan sebaik tiba di lapangan terbang Sultan Ismail Petra petang tadi. - MalaysiaDateline
Malaysiakini pula dalam berita bertajuk "Husam yakin AMANAH mampu selamatkan Kelantan" melaporkan:
Selepas menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) secara rasmi pada 31 Ogos lalu, Datuk Husam Musa melahirkan keyakinannya parti serpihan PAS itu mampu menyelmatkan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya, AMANAH mampu mentadbir kerajaan negeri itu walaupun berdepan dengan pertandingan tiga penjuru.

"Peluang AMANAH, insya-Allah baik dalam dua-dua keadaan (dua penjuru mahupun tiga penjuru). - Mkini.
Juga dilaporkan:
“Umno telah terkunci dengan isu-isu yang menyebabkan rakyat rasa tertekan dan marah (seperti) kenaikan harga elektrik, barangan, GST, orang susah lagi susah...

“Dan PAS pun ada masalah. Performance, penyampaian, kepimpinan dan dedikasinya. Saya sifatkan sebagai goyang kaki,” katanya pada sidang media setibanya di lapangan terbang Sultan Ismail Petra - Ibid.
Aku mungkin sama dengan majoriti pembaca politik Malaysia, sebenarnya langsung tak yakin Anamah dapat tawan Kelantan dalam PRU akan datang. Bukan setakat tu, aku sampai sekarang belum masih tak berapa nak yakin Amanah mampu untuk walaupun untuk dapat undi yang siknifikan sebagai pembangkang yang hebat di Kelantan.

Aku masih percaya pertandingan 3 penjuru akan memudahkan Umno untuk merampas Kelantan dari tangan PAS. PAS akan masih mampu mempertahankan banyak dan Amanah mungkin mampu menang satu atau dua kerusi.

Aku masih tak nampak kehebatan Amanah di Kelantan walaupun Hj Husam dah lama bagi alamat yang dia akan bersama Amanah. Mungkin pandangan aku tak tepat sebab aku bukan tinggal di Kelantan tapi itulah gambaran yang aku nampak di media sosial terutamanya facebook.

Aku tak nafikan Hj Husam adalah seorang ahli politik yang hebat malah aku berani kata sikit masa dulu Husam adalah pemimpim PAS yang paling hebat dari segi bacaan politik, perancangan politik dan juga penyusunan gerakkerja politik.

Cuma yang kurang pada Hj Husam dia bukan dari aliran agama, kalau dia dari aliran agama  Hj Husam memang boleh menang kalau dia mencabar Hj Hadi dalam pemilihan Presiden PAS.

Walaupun begitu kehebatan Hj Husam tidaklah setanding kehebatan Anwar Ibrahim, Hj Husam cuma hebat pada kaca mata pembangkang tak macam Anwar Ibrahim yang mampu tarik sokongan ahli dan penyokong Umno dan dalam masa yang sama mampu tarik sokongan pembangkang termasuk mampu dapat wala' dari sebahagian ahli dan pemimpin PAS.

Cumanya Hj Husam dan Amanah Kelantan ada sikit kelebihan sebab pengundi Kelantan dikatakan lebih bijak dari pengundi lain-lain negeri, sudah biasa menukar parti yang memerintah kerajaan negeri beberapa kali.

Malah pengundi Kelantan biasa 'mengajar' PAS Kelantan sehingga PAS Kelantan cuma tinggal dua kerusi saja dan pengundi Kelantan pernah 'mengajar' umno Kelantan sampai tahap langsung tak ada walau satu kerusi pun.

Dengar 'kehebatan' Hj Husam membaca senario politik semasa, menyusun strategi dan merancang gerak kerja dibantu pula dengan sedikit sebanyak kekuatan jentera baru Amanah Kelantan dan ditambah lagi dengan keupayaan parti Bersatu memecahkan undi tradisi Umno aku yakin ramai yang percaya Pakatan Harapan Kelantan mampu menguasai Dun Kelantan.

Tapi pada aku, kalau pun calon-calon dari perti-parti Pakatan Harapan bersama parti Bersatu menang banyak kerusi aku tak rasa boleh sampai tahap menguasai majoritikerusi Dun, akhirnya PAS akan bersama Umno BN membentuk Kerajaan Kelantan yang baru.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...