#SokongRUU355: Bukan setakat rakyat bawah, Sultan Kelantan pun depa tipu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, September 08, 2016

#SokongRUU355: Bukan setakat rakyat bawah, Sultan Kelantan pun depa tipu?

Tapi taktau la pulak kalau Kerajaan PAS Kelantan ada bercadang nak naikkan hukuman depa yang bersalah pasai nikah di Siam denda berpuluh ribu ringgit atau perjara berpuluh tahun. Kalau macam tu wakil rakyat PAS pun belum tentu akan sokong pindaan RUU355 tu.

AstroAwani pada Mac 16, 2015  dalam berita bertajuk "Sultan Kelantan sokong pelaksanaan hudud di Kelantan" melaporkan:
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Perkara tersebut dinyatakan baginda ketika bertitah dalam ucapan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri (DUN) Kelantan ke-13. - AstroAwani.
Juga dilaporkan:
"Beta difahamkan bahawa kerajaan negeri Kelantan berhasrat untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian ahli Parlimen bagi meminda Akta 355 di bawah Peruntukan 76A1 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

"Semoga beroleh kejayaan dengan sokongan semua pihak. Insya-Allah," titah baginda. - Ibid.
Ramai ahli dan penyokong tegar PAS sebarkan petikan ucapan Sultan Kelantan tu dalam usaha depa kempen sokong pindaan RUU355. Lebih malang lagi ada pemimpin utama PAS pun sama BANGANG kongsi petikan ucapan tu macam imej yang aku screenshot dari fabeook di sebelah.

Nampak sangat dari petikan berita tu Kerajaan PAS Kelantan menipu Sultan Kelantan, yang juga Ketua Agama untuk seluruh rakyat Kelantan.

Kalau terdesak sangat nak buat benda yang hangpa yakin baik pun tak perlu la sampai menipu bukan saja rakyat depa tipu tapi sultan depa pun depa sanggup tipu.

Isunya sekarang ni bila masa pulak usul persendirian pindaan RUU355 yang Hj Hadi bawa di parlimen tu untuk boleh laksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

KJSK atau lebih tepat EKJS II mana boleh dilaksanakan pasai dalam tu ada hukuman untuk kesalahan mencuri dan ada hukuman mati.

Dalam perenggan kedua usul tu dengan jelas tertulis:
“Dengan menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas selain dari hukuman mati”.
Macam tu juga dalam Bayan LinNas ke-67: Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pendapat yang Mufti Wilayah tulis yang sungguh-sungguh para ahli dan penyokong tegar PAS share dalam media sosial facebook, wasab dan telegram. Jelas ditulis dalam tu.

Masalahnya depa ni mungkin takat mampu tolong share saja tapi aku yakin depa pun tak mampu nak baca tulisan 50 halaman tu, dan kalau baca pun kompon depa tak faham.

Dalam Bayan Mufti Wilayah tu jelas ditulis:
Pindaan Akta 355 ini tidak terkesan kepada EKJS II atau lebih dikenali Kanun Hudud di negeri Kelantan kerana ia mengandungi kesalahan dan hukuman qisas ( bunuh balas bunuh) dan mencuri (sariqah) dengan hukuman potong tangan. Ini kerana EKJS II telah melangkaui bidang kuasa yang diperuntukkan dalam Akta 355, di mana kesalahan bunuh dan mencuri serta hukuman mati adalah terkandung di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) yang terletak dalam Senarai Persekutuan.

Bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah di Negeri Kelantan, pindaan perlu dibuat ke atas Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, 1985 yang sedang berkuatkuasa mengenai hukuman bagi kesalahan sedia ada berkaitan dengan ajaran agama Islam termasuk zina, qazaf, dan minum arak. - PDF
Jadinya, sudah-sudah buat kerja BANGANG dengan menipu semata-mata nak sangat usul pindaan RUU355 yang Presiden PAS bawa tu disokong di Parlimen. Dengan kerjabuat hangpa yang BANGANG macam ni orang ramai akan lebih prejudis dengan undang-undang Islam.

Tak payah la sampai samakan pindaan RUU355 tu setaraf hukum Allah, bagilah penerangan secara jujur dan ikhlas, jangan sembunyikan fakta dan lebih-lebih lagi jangan sekali-kali menipu fakta.

Apa pun, aku secara peribadi yang memang jahil bahasa dan prosedur undang-undang, langsung takdak bantahan dengan usul pindaan nak pinda RUU355 tu. Cumanya lebih elok kita sama-sama teliti dulu apa jawapan dan ulasan Hj Hadi sendiri di parlimen nanti dengan persoalan-persoalan yang tentunya akan ditimbulkan oleh ahli parlimen lain sama ada yang bukan Islam atau pun yang beragama Islam.

Kalau Hj Hadi mampu bagi jawapan yang meyakinkan takdak sebab kut Ahli Parlimen yang beragama Islam untuk sokong pindaan tu.

Lagi pun, aku yakin sangat-sangat yang PAS sungguh-sungguh nak Akta 355 ni dipinda sebab depa nak orang Islam yang didapati bersalah berzina dihukum rotan100kali, tuduh orang berzina tanpa bukti dihukum rotan 80kali dan minum arak dihukum 40kali.

Tapi taktau la pulak kalau Kerajaan PAS Kelantan ada bercadang nak naikkan hukuman depa yang bersalah pasai nikah di Siam denda sampai berpuluh ribu ringgit atau perjara berpuluh tahun. Kalau macam tu wakil rakyat PAS pun belum tentu akan sokong pindaan RUU355 tu.

Itu pun kalau Umno BN melalui speaker Dewan Rakyat benarkan usul ni dibentang dan dibahas dalam sidang parlimen bulan Oktober nanti.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...