Najib mungkin adakan PRU dalam masa terdekat - Musa Hitam | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Ogos 10, 2016

Najib mungkin adakan PRU dalam masa terdekat - Musa Hitam

Kalau PRU dibuat dalam masa terdekat peluang semakin baik untuk Umno BN bukan saja rampas balik Selangor tapi Umno juga berpeluang besar untuk rampas balik Kelantan yang terlepas ke PAS sejak pilihanraya tahun 1999.

AstroAwani dalam berita bertajuk ""Pilihan raya umum mungkin diadakan dalam masa terdekat" - Musa Hitam" melaporkan:
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat.

Katanya, jangkaan itu berasaskan kepada kedudukan BN yang dilihat mahu terus memperkukuhkan kedudukan dalam mengharungi perubahan landskap politik semasa.

"Saya rasa, Barisan Nasional akan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat. Jangan tanya saya bila, itu kamu kena tafsir sendiri," ujarnya ketika ditanya selepas pelancaran buku berjudul 'Frankly Speaking' hasil tulisan beliau di sini hari ini. - AstroAwani.
Aku setuju pendapat ahli politik veteran ni. Kalau Najib nak selamat dia patut bubar parlimen segera dan adakan PRU dalam masa terdekat.

Walaupun keadaan sekarang ni nampak teruk untuk Najib dengan isu 1MDB yang makin panas dengan dakwaan DOJ tapi aku yakin lagi lama Najib tunggu keadaan akan jadi lagi teruk untuk Najib.

Sekurang-kurangnya sekarang ni pakatan parti-parti pembangkang tengah cempera. Bukan saja PAS dah tak lagi dalam pakatan pembangkang tapi parti-parti dalam Pakatan Harapan pun masih tak mampu untuk seia-sekata.

Keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar jelas menunjukkan yang Najib dan Umno BN masih mendapat kepercayaan majoriti rakyat.

Malah kalau PRU dibuat dalam masa terdekat peluang semakin baik untuk Umno BN bukan saja rampas balik Selangor tapi Umno juga berpeluang besar untuk rampas balik Kelantan yang terlepas ke PAS sejak pilihanraya tahun 1999.

Lagi satu, walaupun ramai pemimpin Umno memperkecil-kecilkan tindakan Dr. Mahathir dan Muhyiddin tubuh parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tapi aku yakin parti baru tu  mampu untuk mencabar Umno BN dalam PRU akan datang.

Tambah-tambah kalau Najib terus bagi masa untuk parti baru tu memperkemaskan jentera parti baru tu, macam yang aku tulis sebelum ni, dengan dana yang Dr. Mahathir sediakan yang katanya cukup banyak untuk parti baru tu memang tak mustahil parti Bersatu berpotensi untuk menghancurkan Umno BN.

AstroAwani juga melaporkan:
Katanya lagi, keputusan mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat juga bakal menjadi cabaran besar kepada pembangkang terutamanya kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sedang dalam permohonan untuk pendaftaran.

Kelebihan juga berpihak kepada BN apabila parti pimpinan beberapa bekas pemimpin UMNO itu dilihat belum mampu membentuk gabungan kuasa yang cukup padu untuk memberikan cabaran. - Ibid.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...