Solidariti bersama anak ketua kongsi gelap Geng 13 di depan penjara | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, September 14, 2013

Solidariti bersama anak ketua kongsi gelap Geng 13 di depan penjara

Alhamdulillah, semalam aku berkesempatan bersolidariti bersama keluarga ahli kongsi gelap Geng 13 tu, bukan senang nak ada kesempatan bersolidariti untuk ketua kongsi gelap ni, di depan penjara pulak tu.

Anak ketua Geng 13 (Facebook)
Harakahdaily melaporkan:
"Kami kuat dan yang lain diluar teruskan perjuangan," demikian pesanan ringkas Bad Latif.

Beliau adalah salah seorang daripada 13 peserta demonstrasi di Bukit Chandan ketika krisis politik di Perak yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari.ini.

Kata-kata itu dinyatakan beliau ketika dihubungi oleh isterinya Nashita Md Noor. - Hrkh
Memang hebat la Bad Latif atau lebih terkenal di facebook dengan nama Abah Anas Ar-Rembawi bersama dengan rakan 13 orang yang jatuh hukum kemarin.
Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, 49, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd Faiz Mohd Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29 ; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd Thaib, 48; Mohamad Nazeer Hameed, 48; Khairul Azmi Hassan Basri,48; Mohd Hasri Ismail, 48; dan Mohamed Ismail S.M Abdul Kadir, 47. - Facebook.
Macam selalu aku tulis, aku memang jahil bab undang-undang nu tapi aku dok rasa macam hukuman yang depa terima tu mungkin sama taraf dengan hukuman untuk samseng kongsi gelap yang merbahaya kalau pun mungkin tak lagi hebat.

Payah nak jumpa kut untuk pesalah kali pertama, kes politik pulak tu kena hukuman penjara maksima. Member peguam bagitau biasanya untuk kesalahan pertama kali hakim takkan bagi hukuman maksima, malah ada kes yang kena hukuman penjara cuma sehari, sekadar hukuman pasai didapati bersalah.

Geng kongsi gelap yang konon polis kata sungguh-sungguh nak hapuskan tu pun aku rasa  mungkin tak kena hukuman maksimum kalau kesalahan kali pertama, sebagai ahli biasa pulak.

Berbanding dengan geng 13 ni, depa memang kompom bukan penganjur humpinan di depan Istana tu bahkan depa tu bukan pimpinan politik pun, cuma ahli biasa, tu pun kalau betul depa ahli kecuali sorang kut, tu pun takat pimpinan diperingkat kawasan saja.

Memang tak salah kut kalau kita gelar depa yang 13 tu sebagai ahli kumpulan kongsi gelap terhebat di Malaysia, Geng 13.

Alhamdulillah, semalam aku berkesempatan bersolidariti bersama keluarga ahli kongsi gelap Geng 13 tu, bukan senang nak ada kesempatan bersolidariti untuk ketua kongsi gelap ni, di depan penjara pulak tu. Lebih menarik lagi bila bersolidariti bersama geng 'kominis', tapi tu cerita lain...


Apa pun, respek untuk Hj Nizar, Adun Changkat Jering yang jugak mantan Menteri Besar Perak semasa kejadian, satu-satunya pemimpim PR Perak yang hadir sama di depan penjara semalam.

Bukan setakat untuk bersolidariti malah dia dah siap ada plan untuk aktiviti seterusnya untuk bela geng 13 ni dari luar penjara selain bantu dari sudut perundangan dan mahkamah.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...