Jadinya aku nak mencadangkan anggota rela yang ditugaskan untuk buat rondaan tu selain dari dibagi latihan yang mencukupi juga kena sediakan untuk depa jeket kalis peluru.
Astro Awani melaporkan:
PARIT BUNTAR: Satu lagi kes tembak mati berlaku di Parit Buntar pagi tadi dimana seorang lelaki ditemui maut dengan tiga kesan tembakan pada tubuhnya di kawasan persimpangan Jalan Permai 2.
Namun, Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan meminta orang ramai supaya tidak bimbang kerana ia adalah kes terpencil. - Awani.
Aku malas nak ulas pasai kes di Parit Buntar ni. Aku cuma nak kata "TERPENCIL KEPALA HOTAK HANG". Orang ramai tengah risau dia boleh kata kes terpencil pulak.
Tak payah sebut la terpencil ka apa ka, buat orang sakit hati ja, siasat la dulu, ni belum apa-apa dah sebut keadaan terpencil. Yang aku paling risau kalau ayat 'kes terpencil' tu saja disebut untuk tutup keadaan sebenar, cumanya harap-harap bukan macam tu la.
Apa yang pentingnya sekarang ni selesaikan kes tu cepat-cepat diselesaikan dan dicari sampai jumpa penjenayah berkenaan dan dalam masa yang sama kena pastikan keselamatan dipertingkatkan.
Apa pun agak seriau sikit dengan tahap keselamatan anggota rela yang ditugaskan untuk meronda di kawasan Parit Buntar sejak Ramadhan ni.
Sinarharian ada melaporkan:
PARIT BUNTAR - Sejak dilancarkan seminggu lalu, Ops Ramadan yang dilaksanakan di sekitar Parlimen Parit Buntar bejaya menangkap empat penjenayah atas kesalahan mencuri motosikal dan mencederakan orang.Juga dilaporkan:
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan memaklumkan, operasi khas yang dilancarkan 17 Julai lalu akan dilaksanakan secara berterusan sehingga perayaan Aidilfitri.
"Ops Ramadan ini merupakan anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian dengan kerjasama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Persatuan Keselamatan Sukarelawan Kerian dan lebih sepuluh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sekitar Parlimen Parit Buntar. - Sinarharian.
"Sepanjang operasi berjalan, dua pasukan pencegahan jenayah ditugaskan membuat rondaan ikut syif. Sebuah kumpulan bergerak pada jam 12 tengah malam hingga 4 pagi, manakala sebuah kumpulan lagi bergerak pada jam 11 malam hingga 3 pagi. - Ibid.Untuk anggota polis mungkin takdak masalah la pasainya depa tentu punya ada latihan yang cukup kalau terjeremoh dengan keadaan yang macam kat atas tu. Lagi pun memang tugas depa untuk berdepan dengan penjenayah. Masalahnya kalau kawan-kawan rela tu yang terjeremoh, kesian kat depa la kalau terjadi apa-apa.
Jadinya aku nak mencadangkan anggota rela yang ditugaskan untuk buat rondaan tu selain dari dibagi latihan yang mencukupi juga kena sediakan untuk depa jeket kalis peluru. Bukan la baju kalis peluru tu tentu boleh elak kecelakaan tapi sekurang-kurangnya kurang la sikit risiko.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis