Aku dok nampak pun macam tu, nampak memang macam ada tangan-tangan celaka yang 'mempengaruhi' semua prosiding sebelum ni yang memang nampak sangat macam ada satu patern yang cukup jelas.
Sinarharian melaporkan:
Mahkamah Pilihan Raya akan memutuskan sama ada menolak atau meneruskan pendengaran petisyen pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Manong dan Pasir Panjang yang dikemukakan Pas bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) esok.
Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menetapkan tarikh itu selepas mendengar bantahan awal bagi kedua-dua petisyen hari ini. - Sinarharian.
Laporan Sinarharian tu laporan semalam, maknanya keputusan prosiding tu hari ni la.
Walaupun ramai yang menaruh harapan Pakatan Rakyat termasuk PAS boleh berjaya untuk menang sekurang-kurangnya 2 dari 6 petisyen yang dikemukakan, aku dok rasa kesemua petisyen tu akan kalah macam semua petisyen yang dah pun dibicarakan sebelum ni yang kalah termasuk petisyen yang dikemukakan oleh Barisan Nasional.
Memang langsung tak logik Kerajaan BN Perak boleh tumbang melalui mahkamah. Mungkin tepat macam satu status yang aku pernah terbaca dalam facebook yang tulis takkan Kerajaan BN Perak boleh tumbang melalui mahkamah pasai sebelum ni depa pernah rampas kerajaan Perak melalui mahkamah.
Maksudnya, takkan mahkamah yang dilihat cukup bias sebelah BN yang pernah naikkan BN di Perak melalui mahkamah akan jatuhkan BN melalui mahkamah jugak dalam keadaan mahkamah masih 'dikusai' hakim-hakim yang sama jugak.
Dalam perkembangan berkaitan, Sinarharian melaporkan:
PKR hari ini menggesa Hakim Besar Malaya, Tun Arifin Zakaria supaya campur tangan berhubung kos petisyen mencabar keputusan PRU13 yang dianggap sebagai "luar biasa".Aku dok nampak pun macam tu, nampak memang macam ada tangan-tangan celaka yang 'mempengaruhi' semua prosiding sebelum ni yang memang nampak sangat macam ada satu patern yang cukup jelas.
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan itu sebagai muslihat pendakwaan Umno-BN yang cuba mengagalkan dan menghalang proses kes mahkamah daripada diteruskan dengan mengenakan kos yang terlalu tinggi berbanding prosiding sama pada pilihan raya lalu.
"Kos yang tinggi adalah menindas dan tidak masuk akal kerana tidak bersifat kepentingan awam sekali gus keputusan dibuat untuk mengelakkan petisyen itu diteruskan. - Sinarharian.
Jadinya aku dok rasa pempetisyen Dun Mannong dan Pasir Panjang pun kena sediakan duit untuk bayar denda yang bernilai berpuluh ribu kalau pun mungkin tak beratus ribu ringgit macam petisyen Telok Bahang yang kena bayar RM120,000 sebelum ni.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis