Realitinya kes ni tunjukkan bukti yang cukup jelas yang Majlis Agama takdak kepakaran dan tahap profesional yang tinggi sampai Hakim Mahkamah Tinggi 'terpaksa' putuskan Perakuan Pengislaman 3 anak tu oleh Majlis Agama Islam Ipoh batal dan tak sah.
Bernama melaporkan:
IPOH: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis memutuskan perakuan pengislaman terhadap tiga anak seorang guru tadika, M. Indira Gandhi, adalah batal dan tidak sah.
Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Swee Seng memutuskan pertukaran agama yang dibuatMohd Ridzuan Abdullah, bapa kepada Tevi Darsiny, 16, Karan Dinish, 15 dan Prasana Diksa, 5, adalah tidak mengikut peraturan. - mStar.
Bernama juga melaporkan:
"Berdasarkan Enakmen Pentadbiran Islam Perak, ketiga-tiga anak itu perlu mempunyai hasrat untuk memeluk agama Islam tanpa sebarang paksaan.Aku tak berapa maklum sangat pasai kes ni tapi kalau ikut timeline macam yang dilaporkan oleh TheMalaysianInsider, Malaysiakini dan Bernama lebih kurang macam kat bawah ni la kut.
"Dalam kes ini, ketiga-tiga anak berkenaan tidak dapat dibuktikan melafazkan dua kalimah syahadah dan mereka serta ibunya tidak hadir ke Pejabat Agama Islam untuk mendaftar bagi tujuan menukar agama," katanya dalam penghakimannya yang dibaca selama 1 jam 40 minit. - Ibid.
- 1993 - Indera berkahwin dengan K Patmanathan
- 11 Mac 2009 - K Patmanathan memeluk Islam dengan nama Muhammad Ridzuan Abdullah tapi Indera kekal dengan agama Hindu.
- April 2009 - Ridzuan tukar agama 3 anaknya di Jabatan Agama Islam Ipoh tanpa pengetahuan Indera
- April 2009 - Mahkamah Syariah bagi hak penjagaan 3 anak itu kepada Ridzuan
- Mereka akhirnya bercerai dan Ridzuan mengambil anak bungsu berumur setahun bersamanya dan dua anak lagi tinggal bersama Indera.
- 25 Oktober 2009 - Indera failkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk batalkan Perakuan Memeluk Islam 3 anak itu.
- 11 Mac 2010 - Indera cabar keputusan Mahkamah Syariah di Mahkamah Tinggi dan hakim Wan Afrah Wan Ibrahim serahkan hak penjagaan 3 anak diberikan kepada Indera.
- 25 Julai 2013 - Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan perakuan pengislaman terhadap 3 anak itu adalah batal dan tidak sah.
- Ridzuan akan buat rayuan keputusan.
- Prosiding menghina mahkamah akan difailkan terhadap Ridzuan untuk memaksanya menyerahkan kembali anak bungsu kepada Indera
Ada 3 isu besar kes ni.
- Status penjagaan 3 anak itu selepas perceraian
- Status Perakuan Pengislaman 3 anak tu oleh Majlis Agama Islam Ipoh
- Apa akan jadi kepada 3 anak itu lepas ini.
Kalau tanya aku sebagai orang Islam tentulah aku nak 3 anak tu bersama dengan Ridzuan yang Islam, kalau diserahkan kepada Indera tentu punya Indera akan besarkan depa dengan agama Hindu, kesian kat budak 3 orang tu.
Tapi pasai Malaysia bukan Negara Islam yang melaksanakan unfang-undang secara syumul dan Mahkamah Syariah pun sebenarnya berada dibawah Undang-undang Sivil (walaupun ada yang kononnya kata sama taraf) memang cukup logik anak kalau yang di bawah umur tu diserahkan kepada si ibu.
Walaupun hak penjagaan dibagi kepada ibu tentu mahkamah bagi hak jugak kepada ayah sekurang-kurannya waktu lawatan yang berkala untuk dia bersama dengan anak. Jadinya pada aku kalau si ayah bersungguh-sungguh tak semestinya 3 orang anak tu akan tetap dengan agama macam agama si ibu.
Ditambah pulak dengan kepakaran dan tahap profesional yang tinggi yang sepatutnya ada pada Majlis Agama Islam tentunya boleh bantu Ridzuan bagi 3 anak dia tu tertarik dengan Islam dan bila sudah cukup umur depa boleh diIslamkan dengan rela hati depa secara sah mengikut undang-undang.
Tapi realitinya kes ni tunjukkan bukti yang cukup jelas yang Majlis Agama takdak kepakaran dan tahap profesional yang tinggi sampai Hakim Mahkamah Tinggi 'terpaksa' putuskan Perakuan Pengislaman 3 anak tu oleh Majlis Agama Islam Ipoh batal dan tak sah.
Bukan setakat kes ni saja malah banyak sangat kes sebelun ni yang menunjukkan Majlis Agama memang tak kompeten untuk jalankan tanggungjawabb depa, sekurang-kurangnya aku yakin majoriti masyarakat yang pernah berurusan dengan majlis Agama memang berpersepsi macam tu.
Berapa ramai contohnya orang yang dah memeluk Islam tapi akhirnya terbiar tanpa perhatian serius dari Majlis Agama Islam terutama sekali yang peluk Islam sebab nak berkahwin dan bila bercerai kembali balik kepada agama asal depa.
Tapi bila difikirkan balik, memang tak heran pun pasainya Majlis Agama memang slama ni dikongkong oleh orang politik yang selalu sangat mengutamakan kepentingan politik melebihi kepentingan masyarakat Islam.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis