Kalau Imam Mahdi jadi calon pun belum tentu orang Kuala Besut akan undi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 25, 2013

Kalau Imam Mahdi jadi calon pun belum tentu orang Kuala Besut akan undi?

Bubuh la calon sehebat mana pun belum tentu orang Kuala Besut akan undi dan buat la kempen sehebat mana pun akhirnya majoriti orang Kuala Besut akan undi calon BN jugak.

Keputusan rasmi PRK Kuala Besut dah pun diumumkan semalam. Macam yang aku tulis semalam, walaupun calon Umno menang dan majoriti bertambah tapi aku yakin Idris Natang malu pasai majoriti cuma bertambah 158 undi.

Lepas ni tentu ramai yang akan buat analisa pasai PRK Kual Besut ni. Macam-macam boleh dianalisa tapi yang aku teringin nak baca analisa pasai apa calon PAS kalah.
Hari ni TheMalaysianinsider dah terbitkan satu analisa yang pada aku cukup jujur dan yang menariknya langsung tak menyakitkan hati.

Tak macam kebanyakkan komen 'hasil analisa' terutamanya yang dalam facebook yang lebih kepada nak melepaskan geram, suka-suka hentam sana hentam sini yang cuma bersandarkan andaian semata-mata, langsung takdak fakta.

Aku malas nak kopipes analisa tu, kalau nak baca hangpa pi baca kat portal TheMalaysianInsider.

Cumanya aku paling setuju dengan analisa tu yang kata walaupun dari segi faktor calon Che Long memang jauh mengatasi Zaihan tapi majoriti pengundi Kuala Besut tetap pilih Zaihan yang tak popular tu.

Aku rasa kalau orang yang hebat macam Imam Mahdi pun yang jadi calon PAS di PRK Kuala Besut tu belum tentu orang Kuala Besut akan undi dia, tambah-tambah lagi la bila yang lawan dia pun dah macam dajjal punya stail.

Aku tak maksudkan Che Long tu sehebat Imam Mahdi walaupun Che Long memang ada kehebatan tersendiri dan aku pun tak kata Zaiham tu macam dajjal walaupun kerja buat Umno BN di Kuala Besut menang ada ciri-ciri dajjal.

Dan walaupun mantik tu mungkin agak keterlaluan tapi pada aku itu bahasa mudah untuk nak faham PRK Kuala Besut. Bubuh la calon sehebat mana pun belum tentu orang Kuala Besut akan undi dan buat la kempen sehebat mana pun akhirnya majoriti orang Kuala Besut akan undi calon BN jugak.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...