Sampai bila nak bersabar? - Video keganasan di Dataran Merdeka | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 19, 2012

Sampai bila nak bersabar? - Video keganasan di Dataran Merdeka

mangsa belasah Dataran Merdeka
Oleh FTZ.

aku dari dulu tak berkenan dengan cara bersabar puak puak pendemo ni menghadapi samseng samseng umno. apakah kita ni hanya layak menjadi belanga ludahan mereka saja ke. apakah kita mahu terus menerus bersabar dengan karenah mangkuk mangkuk ini. apakah tiada cara untuk kita mengajar samseng samseng umno.

peristiwa terbaru didataran merdeka membuktikan kita hanya tahu bersabar. polis tidak mengambil tindakan pun apa jua provokasi mereka buat atau mereka adalah sb sb polis yang telah dibayar untuk menghuruharakan suasana. mereka boleh beraja dimata dan bersultan dihati.

apakah tunggu sampai ada lagi yang akan mampus kerana aktiviti ini. apa salahnya kita membalas sekali sekala. kita tengok sejauh mana polis nak bertindak jika kita membalasnya.  
pemimpin suruh bersabar sabar. sampai bila nak bersabar. sepatutnya pemimpin dah buat cara lain bukan suruh bersabar aje. hidup ke kita dengan bersabar. pekida pakida perkasa semua dah main kasar. tak akan kita nak berdiam diri saja. manusia ada had kesabarannya.

berdemo dan menerima terjahan keras dari polis fru bukan sesuatu yang menarik untuk diceritakan dalam blog. sebanyak mana makan asap minum asid bukanlah jalan terbaik untuk menghadapi politik dimalaysia lagi. jalan lain perlu difikirkan untuk memastikan keselamatan pendemo pendemo bukan hanya mengarahkan unit amal yang kena menanggung azab sengsaranya selepas demo berakhir.

apakah strategi dan kaedah untuk memastikan unit amal ke atau pendemo pendemo selamat selepas demo. kebajikan mereka perlu diambil kira bukan setakat mengerah mereka ke jalan raya walaupun itu sebagai tanggungjawab perjuangan.

Baca seterusnya di blog FTZ

Di bawah ni video terbaru keganasan penchachai pandi kutty Umno di Dataran Merdeka lebih kurang pukul 2.30 pagi tadi.






Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...