Haram cadang tukar Jalur Gemilang? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, September 20, 2011

Haram cadang tukar Jalur Gemilang?

Harakahdaily melaporkan:  
KUALA LUMPUR, 20 Sept: Menyokong kenyataan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan bahawa yang ingin digantikan Pakatan Rakyat (PR) ialah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukannya Jalur Gemilang.

Beliau menyifatkan, Jalur Gemilang tiada salah dan berdosa sebagai bendera Malaysia.
 
“Tak ada salah dan dosa bendera Malaysia. Yang Pakatan Rakyat nak tukar ialah BN bukannya bendera,” tegas beliau dalam satu kenyataanya melalui sms kepada Harakahdaily.

Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian juga menegaskan bahawa PAS tidak akan bersetuju dengan mana-mana cadangan untuk menukar bendera Malaysia.

“PAS bagi jaminan tak akan tukar bendera,” tegasnya lagi. - Hrkh.
Dari segi politik aku memang setuju PAS tak melayan benda-benda kecik macam tukar bendera ni. Malah aku setuju sangat kalau isu nak tukar Jalur Gemilang ni PAs tak sentuh langsung.

Cumanya jangan la over sangat sampai kata "PAS tidak akan bersetuju dengan mana-mana cadangan untuk menukar bendera Malaysia".

Macamana kalau majoriti rakyat nakkan Jalur Gemilang tu ditukar lepas PRU13 nanti? Takkan masa tu PAS terhegeh-hegeh pulak nak jadi juara desak suruh tukar design bendera Malaysia tu.

Memang la Jalur gemilang tu tak ada salah dan dosa tapi takkan kut cadang supaya tukar bendera Malaysia tu berdosa pulak.

Aku tak setuju langsung cadang tukar design bendera Malaysia dilihat sebagai tindakan memperlekeh dan mempersendakan Jalur Gemilang.

Memang aku setuju sangat apa yang Ust Tuan Ibrihim sebut macam yang dilaporkan Harakahdaily tu:
“Itulah isu yang harus difokuskan oleh semua pemimpin, anggota, penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat yang inginkan pembaharuan dan jaminan masa depan yang lebih baik,” nasihat beliau. - Ibid.
Tapinya tak perlulah sampai tolak terus cadangan tukar bendera tu sampai nampak macam cadangan suruh tukar bendera tu satu dosa besar pulak.

Macamana pulak dengan lagi Negaraku yang sebijik ciplak lagu Terang Bulan dan Memula Moon? Takmau komen sama?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...