Lagi amaran keras Salahuddin pada Najib? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Ogos 17, 2011

Lagi amaran keras Salahuddin pada Najib?

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Selepas seminggu tiada sebarang jawapan daripada pentadbiran Najib agar dipanggil sidang khas Parlimen, Pakatan Rakyat terus memberi tekanan dengan mendesak Putrajaya mengadakan inkuiri awam berhubung isu pilihan raya.
 
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) berkata, pihaknya memberi tempoh tujuh hari kepada Datuk Seri Najib Razak berkuat kuasa esok selepas Perdana Menteri gagal memanggil satu sidang tergempar Parlimen.
   
“Pada 8 Ogos lalu kita telah menghantar satu surat rasmi kepada Perdana Menteri untuk memanggil satu sidang tergempar Parlimen yang berkaitan isu pemastautin tetap menjadi warganegara dan pengundi dengan kadar segera dan kita telah serahkan surat itu melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan tempoh tujuh hari itu telah tamat semalam yang mana Perdana Menteri mengumumkan untuk menubuhkan jawatankuasa khas Parlimen.

“Tapi beliau (Najib) hanya nyatakan ia (jawatankuasa khas Parlimen) itu hanya fokus kepada pembaharuan pilihan raya, jadi saya tegaskan Perdana Menteri jangan lari daripada tajuk asal, jangan lari dari perkara asas yang kita anggap satu pengkhianatan dan penyelewengan khususnya mendaftarkan pemastautin tetap jadi warganegara dalam tempoh beberapa jam,” katanya pada sidang media di sini. - TMI.
Banyak kali aku ulang baca laporan tu sampai habih, tak faham aku Salahuddin ni nak bagitau apa sebenarnya?
 
Maksud aku, aku tak faham bab yang 7 hari tu. Kalau Najib tak buat jugak dalam masa 7 hari, apa Salahuddin nak buat pasainya aku cukup yakin 7 hari tu akan berlalu macam tu saja dan Najib tentu tak buat punya inkuiri awam tu.

Patutnya Salahuddin bagitau la kalau Najib tak buat inkuiri awam dalam masa 7 hari tu kita akan gerakkan himpunan BERSIH 3.0 pulak, baru betul, baru la power. Ada la harapan Najib nak takut sikit.

Apa pun kita tunggu lepas habih mesyuarat kabinet hari ni, macamana rupa Jawatankuasa Khas Parlimen tu. Atau pun  mungkin kita kena tunggu sampai Parlimen bersidang bulan Oktober nanti kut baru boleh tau macamana rupa sebenarnya jawatankuasa tu.

Kalau betul PRU13 hujung tahun ni, apa kesan yang kita akan dapat??

mStar melaporkan:
Nazri berkata, sebaik sahaja Speaker dimaklumkan, beliau secara rasmi akan memberitahu kepada BN dan pembangkang bahawa jawatankuasa itu ditubuhkan secara rasmi serta meminta calon-calon dari kedua-dua pihak.

“Kita mahu semuanya berjalan lancar supaya apabila Parlimen mula bersidang pada 3 Oktober ini, usul itu akan dibentangkan," ujarnya.

Katanya, tiada keperluan untuk memanggil sidang tergempar Parlimen kerana tempoh yang ada ini dapat digunakan untuk mengkaji isu-isu berbangkit selain skop tugasan jawatankuasa berkenaan.

“Kita boleh gunakan masa ini untuk menyiapkan segalanya sebelum Dewan Rakyat memberi lampu hijau untuk jawatankuasa itu memulakan tugas segera," jelasnya. - mStar.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...