Oleh: Teratai Liar Dalam satu syarahan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 8 Mei 2002 yang disiarkan secara langsung, Almarhum Ustaz Fadhil Nor mengingatkan hadirin agar
"tidak mengulangi kesudahan yang rutin, yang lebih bersikap retorik, emotif dan sekadar mampu merawat dhamir atau conscience umat yang memberontak terhadap kekejaman rejim Zionis-Israel".Isu zionisme Israel selalu disentuh dari sudut kekejaman, kezaliman, ancaman terhadap Baitul Maqdis yang sebagainya.
Satu aspek penting dalam ucapan tersebut, dinyatakan juga  soal terma yang sering digunakan oleh media-media barat - yang malangnya  sering ditiru bulat-bulat oleh media kita sendiri - seperti 'suicide  bombers', 'terrorist' atau apa-apa yang  berkonatasi negatif. Ucap Almarhum lagi:
"untuk terus terjun membicarakan isu ini dari perspektif pergolakan terkini, seperti yang kerap dipamerkan, khasnya oleh media barat tentang konflik Palestin - Israel, akan meletakkan kita pada kedudukan 'short-sighted' atau rabun jauh'. Tanpa meneliti sejarah penderitaan dan pengkhianatan terhadap umat Palestin ini adalah agak mudah dan spontan untuk pihak awam menjatuhkan hukuman ke atasnya, contohnya, 'suicide- bombers' atau kewujudan 'bom manusia' sebagai tindakan militan agama yang terdesak atau tidak Islamik".
Saya berpendapat ini adalah antara batu penghalang kenapa isu  Palestin ini seringkali hanya dilihat berligar di kalangan umat Islam  sahaja, itu pun pada musim-musim tertentu sahaja. Dalam soal aparthied  di Afrika Selatan, junta Mynmar atau pun Timur Leste, kebersamaan  komuniti dunia nampak teserlah. Isu Palestin dilihat sebagai isu  eksklusif umat Islam, bukan isu kemanusiaan, jauh sekali untuk  menyedarkan hakikat bahawa ia adalah isu hak dan penjajahan Zionis  Yahudi ke atas bumi Palestin. Media-media dan propaganda Zionis memang  mahu supaya isu ini dipencilkan, dilihat sebagai isu umat Islam sahaja.Jauh dari menerima hakikat sebenar, kita sudah jarang bercakap  bahawa Israel tidak pernah wujud sebelum 14 Mei 1948.  Bumi yang ada sebelum ini hanyalah Palestine, -tiada istilah negara  Israel. Amat jarang sekali khalayak dibawa untuk meneliti  dokumen-dokumen sejarah dan catatan perjalanan sejarah misalnya, pada  saat-saat akhir kejatuhan Sultan Othmaniyah Sultan Abdul,  kejatuhan Empayar Turki, ugutan dari Theodore  Hetzl ke atas baginda, surat Arthur Balfour kepada Rothschild (Deklarasi  Balfour), mahu pun pembentukan Jawatankuasa khas PBB   mengenai Palestine 1947 (UNSCOP) yang tidak diakui oleh Majlis  Penasihat Palestine sendiri, yang akhirnya membawa kepada Resolusi  181 PBB itu. 
Jauh sekali mahu menyedari di sebalik pengistiharan resolusi 181 ini Israel melebarkan lagi tanah milikannya hanya beberapa hari selepas diisytiharkan sebagai sebuah negara. Wayang tajaan PBB, AS dan Zionist ini jarang kita ulas dan bongkar.
Hakikatnya, melainkan  peristiwa serangan ekstrimist Yahudi Kachaneh pada Ogos  1929, Baitul Maqdis sendiri hanya ditawan dan dibakar  selepas 1967, menyerlahkan fakta bahawa isu asal yang mendominasi berjaya ditenggelamkan. Jika saudara-saudara bersetuju, kita  semua telah diheret untuk melihat isu ini dari kacamata dan kehendak  Zionist bukan dari sudut hak penduduk yang telah dirampas dan dijajah  tanah air mereka.
Justeru yang demikian, untuk memecah tembok dogma Zionis ini yang  menghalang lain-lain tamadun dunia, bangsa Eropah, AS, Cina, India,  Jepun, Korea, mahu pun bangsa Melayu sendiri dari mengutuk penubuhan  negara haram Israel, adalah baik jika tulisan2 tentang konflik  Palestin-Israel ini diselang selikan dengan pendedahan fakta2 sejarah  seperti dokumen, surat-surat perjanjian dan sebagainya.
Seperti juga beberapa polisi negara Israel perlu juga didedahkan.  Barangkali sudah ada yang mengetahui apa itu Israeli  Security System mahu pun projek 'Hasbara'  misalnya. Hasbara itu sendiri merujuk kepada polisi komunikasi Zionist  untuk mengheret dunia memusuhi Iran kerana Iran adalah antara ancaman  terbesar kepada kestabilan negara haram Israel.
Yang paling  memalukan, tidak ramai rakyat di Malaysia yang menyedari hal ini dan  tidak memberi apa2 respons, misalnya apabila Malaysia bersetuju  dengan AS untuk mengenakan sekatan ke atas Iran berkenaan isu tenaga  nuklearnya. Ini telah saya sentuh secara tidak langsung dalam posting Insiden  Mavi Marmara II : Trilogi Najib, Obama dan Ahmadinejad. Kegagalan  kita untuk memahami agenda disebalik kesungguhan AS mengenakan sekatan  ke atas Iran, apatah lagi bersekongkol menyokong usul berkenaan  bermaksud  mendekatkan lagi umat Palestine dengan kecelakaan yang lebih besar.
Tulisan ini hanyalah satu pandang sisi yang  ingin melihat kelainan bila kita membicarakan soal Palestin. Sudah pasti  hadis yang diriwayat Imam Ahmad berkenaan 'sekumpulan umat di Baitul  Maqdis dan sekitarnya' tetap terakam dalam sanubari setiap individu  muslim.
Bagaimanapun kita ingin sekali melihat isu Palestin jauh  merentasi tembok agama dan kaum.Khususnya di Malaysia. Tidak seperti di  Barat,persoalan hak dan kebenaran sebenar dalam isu ini sebenarnya sudah  agak lama meluas khususnya di kalangan cendiakawan barat dan pertubuhan  hak asasi manusia. 
Mengapa? Kerana mereka tidak sekadar melihat isu ini  semata-mata mengikut kacamata Zionis. Ada yang dituduh gila, dibuang  jawatan pensyarah, di pulau masyarakat sendiri, hilang populariti di  Parlimen hatta mati dibunuh sekali pun. Lihat sahaja Chomsky,  George Galloway, Israel Shahak, Rabbi Weiss, Rachel Corry, Illan Pappei,  sekadar beberapa nama. 
Anehnya, di Malaysia sendiri dogma 'terrorist', 'fundamentalist'  dijayakan oleh pemimpin yang mengaku menyokong perjuangan  rakyat Palestin. Dan ia menjadi semakin aneh, apabila agenda  ini disokong oleh sekumpulan umat yang mengaku dirinya seagama dengan  saudaranya di Palestin.
Palestine In Our Heart. Damn You Zionist. Damn You  Umno.!!!
Nota kaki
 SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10


