Pasai apa BERJAYA berjaya dapat lesen judi Piala Dunia | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mei 12, 2010

Pasai apa BERJAYA berjaya dapat lesen judi Piala Dunia

Hari ni ah disahkan yang lesen judi Piala Duna halal dah pun dikeluarkan. Malaysiakini melaporkan:


Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama. - Malaysiakini
Pasai apa lesen judi halal ni dibagi jugak kepada Berjaya? Pada aku takdak sebab lain kecuali pasai Umno 'terpaksa', terpaksa pasai perlukan 'kepala agong'.

Semenjak PRU 12 hari tu dah ada berapa PRK, dah banyak kali sangat,aku pun dah tak ingat berapa kali, 11 kali dah kut. Sekali PRK berapa Umno kena keluar belanja. Lepas ni pulak keberangkalian akan ada lagi PRK sangat tinggi. Yang dalam senarai 3 PRK iaitu di Kota Seputih, Kelaboran dan Kerdau.

Tu tak masuk lagi kalau ada YB yang sihat walafiat tba-tiba mati, nak kena buat PRK jugak. Nak tunggu sampai Februari tahun depan tah berapa lagi PRK nak kena buat.

Nak cari duit mana lagi,melainkan dari tokey judi. Pasai tu la Umno bagi jugak lesen tu walaupun depa sedar tindakan tu sangat berisiko danramai yang marah termasuk orang Umno sendiri. "Kepala Agung' punya pasai Umno bukan kira halal haram.   ⊗

Nota kaki makan cekam:  Umno ada heran pasai Syurga Neraka ka?

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...