Terimas Kasih untuk Presiden Pas | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mac 24, 2010

Terimas Kasih untuk Presiden Pas

Raja Katak. (sumber: google)
Suara Keadilan melaporkan:

KUALA LUMPUR 23 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim sekali lagi membuat kenyataan yang mengejutkan apabila mendakwa sebenarnya seramai 40 wakil rakyat Barisan Nasional yang mahu melompat menyertai Pakatan raklyat pada 16 September 2008 dan bukannya lapan seperti yang dikatakan beliau sebelum ini.

"Sebenarnya ada ramai lagi nama yang tidak saya sebutkan, saya cuma baru dedahkan lapan nama sahaja tapi sebenarnya ada 34 hingga 40 orang Ahli Parlimen BN.

"Ahli Parlimen Kalabakan pun rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sebenarnya saya keluar parti kerana parti ingin hadapkan saya ke Lembaga Displin, saya tersinggung kerana Anwar tak benarkan saya mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Saya juga tidak akan dedahkan nama-nama Ahli Parlimen yang lain seperti yang dicabar oleh Ahli Parlimen Kalabakan. -SuaraKeadilan 
Nasib baik la para berudu tu belum tumbuh kaki. Kalau dah mula tunbuh kaki payah jugak la nak nafi.

Kalau betui la macam ramai yang tuduh kata, kegagalan "Projek Katak 16 September" pasai TG Hj Hadi, aku nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada Presiden Pas tu. Tak kira la apa alasan atau syarat yang dia bagi yang menyebabkan projek tu tertangguh dan seterusnya gagal.

Aku tetap nak ucapkan terima kasih kerana menghalang Malaysia dari menjadi Negara Katak yang berdaulat.  ⊗

Nota kaki makan cekam:  Malaysia Darul Katak?  Hahahaha, atau mungkin lebih sesuai Kataksia?



Baca Email dapat cash
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...