Jom kita tengok video yang bloggers Umno kata menunjukkan kebiadaban dan keganasan PR. Masalahnya aku tak dapat pastikan sapa yang ambik video ni. Aku rasa depa penakut nak mengaku. Salah la kut ambik video dalam dewan tanpa kebenaran. Aku tak tau.
Aku bukan apa, cuma nak ucapkan terima kasih pasai ambik video ni dan upload di youtube, lepas tu war-warkan suruh orang ramai tengok. Terima kasih la sapa yang rajin tu. Dapat jugak aku tengok suasana kat dalam tu walaupun ada part yang aku nak tengok takdak.
Jom layan !!
Kebiadaban & Keganasan PR di DUN Perak 7 Mei 09 (1)
Kat mana biadap dan ganasnya PR? Yang aku nampak
1. Banyaknya trak merah kat luar pagar Bangunan Perak Darul Ridzuan
2. Polis tangkap orang, pasai apa tak tungjuk pulak.
3. Sivakumar halau 10 ADUN.
4. Sidang tak dimula selagi 10 ADUN tu masih ada dalam dewan.
5. Memastikan hanya yang layak saja berada dalam dewan.
5. Arahan dari speaker dalam dewan adalah muktamad.
Kebiadaban & Keganasan PR di DUN Perak 2
Kat mana biadap dan ganasnya PR? Yang aku nampak
1. Speaker tak bagi Abdullah Antong Sabri buat kerja Setiausaha pasai dia dah digantung
2. Halau 10 ADUN keluar dewan tapi depa buat pekak3
3. Bentara Dewan pun pekak badak
4. Setiausaha Dewan pun pekak badak
5. Usul untuk Pecat Speaker ditolak.
6. Mesyuarat pun belum mula dah sibuk nak bawak usul
Kebiadaban & Keganasan PR di DUN Perak 3
Kat mana biadap dan ganasnya PR? Yang aku nampak
Kat mana biadapnya? Yang aku nampak
1. Usul Pecat Speaker ditolak.
2. Microfon hanya bunyi belah kerusi BN ja. Yg Speaker punya pun ditutup.
3. BN buat sidang haram kat kerusi belah depa.
4. Lantik speaker sendiri secara haram
Tolong tambah kut-kot ada yang aku terlepas pandang!