Nampak gayanya kecoh di dalam DUN akan berakhir tak lama lagi... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 07, 2009

Nampak gayanya kecoh di dalam DUN akan berakhir tak lama lagi...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Buah penamat, talian hayat terakhir dah pun Umno guna.
Polis sudah masuk dewan ! Anggota Polis sekitar 20 orang telah masuk campur termasuk yang berpakaian seragam menceroboh ke Dewan Perak yang mulia. Mungkin untuk menenangkan keadaan. Apa pun Siva tetap melekat dikerusi Speaker. Eh! Siva difahamkan tak boleh nak bangun dari kerusi kerana kesan dari mandrem ? Biar betul..dah melekat la pulak beb !

Apa lagi pilihan yang depa ada melainkan salah guna polis. Memang dari tarikh keluar surau panggil Sidang Dewan pun polis dah mula campur tangan. Macam-macam kenyataan dari polis yang terang-terang sebelahi MB haram.

Bila dah sampai tahap ceroboh masuk ke dalam dewan, apa lagi yang tak boleh depa buat. Dah tentu dah depa yang 20 orang tu boleh angkat dan usung Sivakumar keluar dari Dewan dab dalam masa yang sama memastikan Ganeson dapat menguasai kerusi speaker tu.

Apa depa peduli dengan peraturang dewan? Dah tentu depa tak peduli pasai pada depa kuasa majoriti dalam dewan ada kat depa. Apa depa peduli dengan Undang-undang? Dah tentu depa tak peduli pasai pada depa undang-undang ditangan depa.

Jadinya tak kira la ADUN PR setuju ka dak, walaupun macam mana menjerit pun depa akan buat tak peduli. Ataupun depa dengan senang boleh gunakan polis yang menceroboh tu untuk heret ADUN PR yang depa tak puas hati.

Setakat yang aku tau Sivakumar sebagai speaker yang sah belum pun lagi memulakan sidang dan dengan tegas menghalau ADUN dah diputuskan tak layak hadir sidang hari ni.
Delagi depa-depa tu masih ada kat dalam dewan Siva tak mau memulakan sidang kali ni.

Rasanya Sivakumar dah pun berjaya 'diseret' dari dewan dan Ganeson dah berjaya menguasai kerusi speaker. Kalau sidang berjaya dimulakan oleh Speaker baru yang haram, adakah boleh dikira sah dari segi peraturan? Depa menang tak peduli apa pandangan orang lain. Pada depa apa pun yang depa buat memang ikut peraturan yang semua orang kena akur.

Lepas drama di dalam DUN selesai, kerja jentera penerangan depa pulak akan pastikan cerita paling menarik yang boleh dikarang mengharapkan orang awan akan terima.

Apakah orang awam akan terima, ikut kita lah nak jawapan yang macamana. Kalau nak nak yang setuju dengan cerita yang depa tulis kena tanya puak-puak belah nu. Kalau nak jawapan yang tak setuju dengan 'cerita' depa kena tanya puak-puak belah ni.

Adakah masalah akan selesai? Memang tak boleh selesai. Cara nak bagi selesai hanya satu. BUBARKAN DEWAN!!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...