Harap Hj Nizar terima kasih kat kerajaan? Gila ka apa? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 10, 2009

Harap Hj Nizar terima kasih kat kerajaan? Gila ka apa?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Ramai pimpinan Umno yang macam berharap orang ramai berterima kasih kepada kerajaan pasai bebaskan 13 tahanan ISA.

Semalam depa dah bebaskan 3 orang pemimpin Hindraf termasuk ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan selepas 500 hari ditahan. Lepas tu kerajaan mengharapkan puak-puak HINDRAF pasai bebaskan ketua depa.

Semalam jugak depa dah bebaskan 10 orang yang dikatan sebagai pengikut JI dan Daril Islam. Lepas tu depa nak mengharapkan pengikut JI Dan Darul Islam yang tah ada tah takdak tu dan orang ramai terima kasih kat depa.

Mana logiknya kalau kata la kaun kerabat kita kena tahan dengan samseng kampung dusun. Lama lepas tu samseng kampung dusun tu bagi bebas kaum kerabat kita yang kena tahan tu pasai depa tak tahan telinga bila ramai orang dok maki depa.

Aku tak tau la kut-kut ada orang gila yang nak buat macam tu. Siap pi buat sidang akhbar, panggil semua pemberita lepas tu ucap terima kasih kat geng samsing kampung dusun tu.

Lepas tu pulak siap puji-puji lagi geng samseng kampung dusun tu, kata depa baik hati pasai bebaskan kaum kerabat dia. Bukan takat tu ja, lepas tu dia sokong pulak geng-geng samseng kampung dusun tu.

Memang sah la dia tu bodoh tak pun memang dia tu gila. Dan bukan setakat dia tu bodoh atau memang gila tapi kita boleh kata orang yang harap orang yang kaum kerabat dia kena tahan tu ucap terima kasih tu pun bodoh atau gila sama.

Lain la kalau selain dari membebaskan 13 orang tu, depa bebaskan yang lain yang ramai lagi kena tahan ISA dan lepas tu pulak HAPUSKAN ISA.

Aku bukan suruh bebaskan semua orang yag di tahan kat dalam penjara. Gila la aku nak suruh buat macam tu. Kalau yakin depa-depa yang ditahan tu bersalah DAKWA DEPA, kalau dah sabit bersalah tahan la. Nak tahan berapa lama pun, janji buat benda ikut peraturan. Maksud aku peraturan yang sesuai untuk manusia bukan yang sesuai untuk binatang.
Semalam telah keluar kenyataan bahawa kerajaan akan bebaskan 13 tahanan ISA dan nampaknya pagi ini saya melihat di blog blog pro sana tak ada pun memuji .....

Tak percaya lihat berita di sini http://www.utusan.com.my

Mungkin saya terlepas pandang, anda ada nampak artikel puji/sokong mereka ?

Harap dapat maklumkan kepada saya jika ada pujian terhadap tindakan tersebut....

Memang sapa yang tulis macam ni kalau tak bodoh dia memang gila, jenis otak letak kat kepala lutut.

Agak-agak la anak-anak UmmuAsiah nak terima kasih kat kerajaan kalau pak depa dibebaskan? Jangan harap laa.. bangang oooiii...

Takkan la Hj Nizar nak terima kasih kat kerajaan, pasai tolong 'selesaikan' krisis Perak, memang BANGANG LAAA...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...