Berapa harga yang perlu rakyat bayar? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mac 04, 2009

Berapa harga yang perlu rakyat bayar?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Krisis di Perak semakin rumit. Hari ni bermaca-macam lagi kerumita baru timbul. Padi tadi rekod dicipta lagi, Sidang DUN dibuat di bawah pokok sena. kerajaan PR Perak dah macam Kerajaan Pasir Dua Butir dari Filem P Ramlee, Pendekar Bujang Lapok Laksamana Do Re Mi.

Di mahkamah, hakim pula mengeluarkan penghukuman 'pelik', Speaker sebagai pegawai kerajaan, hanya boleh diwakili oleh Peguam Negara atau wakilnya sahaja. 'Conflict of interest' yang sangat jelas seperti mengharapkan anjing membela kucing.

Dihadapan Bangunan SUK, hampir-hampir terjadi pergaduhan, pihak polis dilihat seperti membutakan mata. Nasih baik pasukan pengawal Pakatan Rakat mampu mengawal suasana, jika tidak mungkin boleh memakan korban.

Diawal krisis, terjadi 'rusuhan' berhampiran Istana di Kuala Kangsar. Rakyat menyuarakan bantahan dengan tindakan Sultan yang dilihat berpihak kepada Umno. Keadaan diburukkan lagi oleh tindakan kasar polis semasa meyuraikan penunjuk perasaan. Tiada kejadian kemalangan kecuali pedih mata akibat gas.

Apakah begitu berat permintaan Pakatan Rakyat untuk diperkenan oleh pihak istana. Ataukan mungkin benar seperti khabar angin yang bertiup kencang yang mengatakan sultan sebenarnya turut diperangkap oleh Umno.

Permintaan Pakatan Rakyat sebenarnya sangat munasabah. Tidak lebih sekadar minta dibubarkan DUN. Malah Hj NIzar cukup konsisten sejak dari awal. Semua tindakan beliau menjurus kearah membubarkan DUN.

Yang akan menanggung kesan langsung dari krisis di perak ini adalah rakyat negeri perak sendiri. Lagi lama krisis berlanjutan., lagi beratlah kesan yang akan ditanggung. Jentera Kerajaan terkontang kanting sekarang. Segala projek pembangunan pasti tergendala. Rakyatlah yang akan menangung kesannya.

Krisis di Perak ini sebenarnya cukup mudah untuk diselesaikan. Jika sultan Perak bersetuju membubarkan DUN, krisis ini boleh dianggap selesai. Biar dipulangkan mandat kepada rakyat Perak menentukan kerajaan mana yang patut mentadbir. Apa pun keputusan atau tindakan pihak istana selain dari membubarkan DUN, akan dilihat berpihak.

Dengan bersetuju membubarkan DUN, pihak istana akan lebih dilihat berpihak kepada rakyat. Masalahnya berapakah harga yang perlu dibayar sebelum pihak istana mengambil tindakan. Mungkinkah pihak istana menunggu sehingga ada yang terkorban.

Jangan sampai kesabaran rakyat tercabar. Sepatutnya kejadian di Kuala Kangsar boleh memberi pengajaran kepada semua. Jika kemarahan rakyat tidak lagi dapat dikawal, apa sahaja boleh berlaku.

Ataupun mungkin itu yang dimahukan oleh Umno, jika diistiharkan darurat di Perak, kuasa mentadbir akan berpindah kepada kerajaan Pusat yang masih belum berjaya Pakatan Rakyat kuasai walaupun 16 September sudah lama berlalu.

Lagi lama krisis ini berlanjutan, lagi mahallah harga yang perlu rakyat bayar. Adakah rakyat perlu bayar dengan darah baru krisis di Perak boleh selesai, moga-moga tidak sampai ke tahap itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...