Konvensyen Bloggers KAMAR Perak | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 26, 2008

Konvensyen Bloggers KAMAR Perak

Ingatkan lepas konvensyen 22/11/08 hari tu boleh tambah semangat nak update blog, haram!

Apa-apa pun aku nak ucapkan tahniah setinggi-tingginya kat Dr. pengasas. Bukan senang nak jadikan idea yang 'gila' nyata. Aku pun masa mula-mula dulu ingat MSK punya mimpi macam ngan Pak Nawi, rupa-rupanya realiti macam ngan janda Bakar.

Juga aku nak salute kat MSK pasai berani dan bersungguh-sungguh meyakinkan orang dengan idea 'gila' ni.

Aku kata gila bukan apa. Yang pertama sekali pasai nama pun nak tubuh kerajaan Maya. Memang aku pun akan kata gila punya idea. Lagi gila pasai nak yakinkan MB kerajaan nyata dengan idea Kerajaan Maya ni. Dua kali gila. Kalau nak suruh aku memang awai-awai lagi aku gelak.

Lagi satu tahniah kepada semua bloggers yang berani memperkenalkan diri. Bukan takat sebut nama kat majlis tu, tapi kena naik atas pentas ambik PAS Media. Nasib baik mana aku naik belah petang, dah ramai yang balik aku rasa.

Yang betuinya aku pun bukan berani sangat. Nak kata takut tak berapa nak tepat, segan lagi tepat kut. Tapi kira setakat ni pun kalau ada yang tanya direct payah lagi nak bagitau aku Cenangau tapi nafi dak kut.

Jugak kepada yang telah dilantik sebagai Primamaya, Promaya, Pramaya dan Jmaya. Pasai tu aku malaih nak berbunyi satgi hangpa lantik aku, kalau ikut memang ada laa benda yang aku nak cakap. Bukan tak mau tapi ramai lagi yang lebih layak, kalau takat tolong sikit² tu insyaallah.

Ok jugak boleh jumpak, bloggers² lain. Nasib baik MSK pernah bubuh gambar bat blog dia masa kat blogspot dulu. Yang lain hari tu baru kenai kecuali sorang lagi, Banjari yang aku dah kenai lama. Marah dia kat aku pasai dia tak kenai Cenangau padahal biasa mengope sekali kat kedai Siam Kg Perak.

Last sekali aku pun nak salute jugak kat MB, taktau laa dia nampak ka dak VISI dan MISI KAMAR ni. Yang nyatanya dia berani ambik peluang. Berani cuba benda baru. Kalau MB lain aku rasa belum tentu. Silap-silap sakit perut depa gelakkan MSK.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...