Bukan Daun Kari, bukan kokersial dan bukan pulak subsidi | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mei 14, 2008

Bukan Daun Kari, bukan kokersial dan bukan pulak subsidi

Merujuk entry 'kesian laa kat depa sama' aku nak bentangkan satu penemuan baru.

Masa Mesyuarat Agung baru ni aku ada sembang dengan sorang pakcik ni. Ketua cawangan merangkap ketua UPU. Dia ni specialist bab cula. Cawangan dia ni boleh dikategorikan antara yang boleh harap walaupun tak ramai sebab dalam kubu UMNO. Pilihanraya baru ni pun UPU depa kalah, tapi tak laa seteruk pilihanraya 2004.

Dia ni agak advance sikit. Walaupun tak reti komputer tapi cukup minat dengan SSDP. Siap paksa anak dia yang belajar kat UPM bawak balik laptop, nak pakai untuk pilihanraya. Tu yang aku agak rapat dengan pakcik ni, selalu sangat call tanya pasai komputer. Tapi dengan dia ni aku tak kisah. Bila masa pun aku tak kisah, ada janji dengan orang lain pun aku boleh kensel.

Saja laa aku bukak isu jenis daun kari, jenis komersial dan jenis subsidi. Sekali dia boleh kata aku perli dia pasai dia pun ada baru-baru ni pi pejabat jumpa YB, mintak lampu jalan.

Yang menariknya dia ni bukan peduli sangat pasai nak minta lampu jalan ka apa. Memang laa dia bagi tau depa kat kampung ramai dah bising pasai UMNO dulu bubuh lampu jalan belah depa ja, belah yang kuat PAS ni satu pun tak bubuh. Bila dah perentah negeri ni patut sangat laa dapat lampu jalan.

Dia bagitau yang dia pi nak mintak lampu jalan tu saja alasan ja. Yang betuinya dia teringin nak tengok pejabat YB. Lama tak salam dengan YB. Kut-kut ada apa-apa yang dia boleh tolong. Saja ja nak tengok YB duduk dalam pejabat dia. Masa YB dulu sekali pun dia tak pernah pi. Segan atau dalam bahasa kat sini segan. Saja-saja nak pi dia segan. Tumpang ada alasan ni, pi jugak laa.

Nasib baik laa YB dok ada ni pun jenih ok. Siap bawak pi lunch sekali. Saip kena paksa laa kut pasai dia kata sungguh-sungguh YB ajak dia teman pi makan. Sampai perli "takkan tak sudi nak makan dengan saya kut".

Panjang laa sembang. Last sekali aku tanya dia "Macam mana? Bila Depa nak pasang lampu jalan tu?"

Sekali dia jawab "Tah, aku tak kisah pun. Dapat ok tak dapat pun tak pa"

Aku tak sangka orang jenis ni pun ada. Nak panggil apa jenis ni, aku pun tak dapat idea lagi. Ada sapa-sapa yang ada idea?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...