Entah laa apa nak jadi. Macam-macam adaaa... Benda bukan-bukan pulak tu. Bebaru ni heboh cerita anak melayu kemaruk seks, ramai masuk gambar dalam internet tengah merendek sampai terselak-selak. Lepas tu pulak terkejut dengar cerita ada anak tauk mak dia lepas katok sampai mati. Lepas tu timbui pulak cerita jantan kawin ngan jantan yang kekonon romantih tulis nota cinta pakai darah. Ni pulak cerita polis bagi telanjang tahanan lepas tu suruh ketuk ketampi.
Norashima yang juga disuruh bogel selepas ditangkap semasa gelombang reformasi. | |
Cerita polis teruk perangai ni memang biasa kita dengar tapi biasanya lebih kepada untuk penyedap cerita kutuk polis. Cerita polis tarik telok suruh mengaku, cerita polis cabut kuku suruh cerita, cerita kena londeh pun biasa dok dengar, tapi kali ni lain sikit pasai yang cerita kali ni sorang YB, perempuan pulak tu, kat Parlimen pulak, siap ngan ada audio visual sekali. YB Seputeh, Teresa Kok tunjuk guna Laptop yang parlimen bagi kut. Dia kata tah sapa hantar MMS kat HP dia. Lagi canggih lagi penin. Sampai kena hantar wakil pi china nak pi cerita kat depa sana pasai ada dakwaan tahanan dari cina kata polis suruh depa londeh.
Tapi yang aku mushkil polis tu nampak macam perempuan, nampak macam pakai tudung. Harap-harap mata aku salah...