Beraya | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 07, 2005

Beraya

Best ke raya. Tahun ni macam jugak taun2 lepas raya tak meriah langsung bagi aku. Bangkit pagi mandi pakai baju melayu baru dengan kain pelekat pastu pi Markaz sembahyang raya. Jalan Beraya sebijik rumah terus balik rumah, layan TV sebelum layan mata. Bangkit sat tengahari, mandi dan lelap balik. Sedar-sedar dah habih satu hari raya.

Yang agak tak best tu tang khutbah raya. Taktau laa memang pesen ustaz ni kut. Tak pun dia dah gian lama tak ceramah. Dah dekat-dekat macam ceramah PAS pulak. Tau laa situ markaz PAS tapi banyak lagi benda yang patut disentuh kalau ada audience macam tu, tambah2 pulak khutbah raya. Takpayah laa nak hentam UMNO.

Bab makan hari raya ni aku cuma minat dengan ketupat palas. Bukan sedap sangat pun, bagi aku takdak beza pun dengan pulut lemang atau pulut tindih dengan lesung pengilin. Cumanya ada sentimental value raya. Kalau pulut lesung pengilin biasanya untuk kenduri kawin ja. Gambar kecik tu abang aku tengah lipat daun palas. Biasanya sehari-dua sebelum raya supaya senang nanti nak isi pulut kukus.

Yang kat atas meja kat atas tu keadaan meja makan kat dapur masa hari raya. Macam tu ja, tak payah susah-susah. Kalau ikut aku lagi senang janji ada makan cukup.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...