Pilihanraya Kecik yang besar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Oktober 31, 2005

Pilihanraya Kecik yang besar

Biasanya dipanggil pilihanraya kecik tapi keadaan sebenarnya cukup BESAR malah berpuluh kali ganda lebih besar dari pilihanraya umum. Tambah pulah beza kerusi sikit sangat. Kalau BN menang kerusi ni akan jadi beza 1 (SATU) kerusi saja. 23 vs 22. Fuh nampak gayanya kaya laa orang2 kat Pengkalan Pasir nuu


PASIR MAS 31 Okt. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pengkalan Pasir, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar, 55, meninggal dunia hari ini kerana menghidap penyakit kanser hati.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 6.05 pagi di Pusat Rawatan Kota Bharu (KBMC) selepas dimasukkan ke pusat rawatan berkenaan kira-kira pukul 7 petang semalam.

Serentak dengan itu, menurut Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Pengkalan Pasir itu mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Pada pilihan raya umum yang lalu, Wan Abdul Aziz yang mewakili Pas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Hanafi Mamat dengan kelebihan tipis 55 undi setelah mendapat 7,168 undi berbanding lawannya, 7,113 undi.

Pada pilihan raya itu, Pas membentuk kerajaan Kelantan bagi empat penggal berturut-turut selepas memenangi 24 daripada 45 kerusi DUN Kelantan.

Kelantan adalah satu-satunya negeri yang dikuasai Pas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...