Mengai Puyu | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 27, 2005

Mengai Puyu

Kegilaan terkini. Pancing puyu. Maunya tak gila, letak sat, biar 10 saat, terus sentak sure kena. Macam tu punya hebat. Sampai malas nak bukak puyu yang sangkut pada kail.

Demam mengai ni biasa laaa kalau bulan posa macam ni. Agak-agak pukul 6 petang memang ramai yang macam beratur sepanjang parit kiri-kanan jalan, aktiviti memancing puyu.

Kena pulak aku baru beli batang bokngai. Memang semangat. Tapi semalam semangat lain macam, jarang sangat dapat macam tu. Tak sampai setengah jam dah nak penuh bekas ikan dengan puyu. Kamera pulak tak sampai lagi kalau tak boleh jugak ambik gambar.

Kamera ni pun satu hal. Macammana nak sampai kalau hantar pun belum, macammana nak hantar kalau bayar pun belum, macammana nak bayar kalau no akaun taktau macammana nak tau no akaun kalau apek tu tak bukak email lagi. Aku rasa laa dia tak bukak email dia lagi, Lelong.com.my pun dia tak bukak lagi tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...