Malang Dr. Mahathir, ROS luluskan parti baru tapi bukan Bersatu | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, September 08, 2016

Malang Dr. Mahathir, ROS luluskan parti baru tapi bukan Bersatu

Nama Bersatu tu cukup berbeza kesannya berbanding nama PPBM yang kalau tengok sekali lalu nampak lebih kurang serupa saja macam parti-parti lain macam PBRS, SPDP, PBS, PPM, AMIPF, MIUP, PCM, MMSP, MCC.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "Pendaftaran BERSATU diluluskan" melaporkan:
Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudah meluluskan permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menjad parti politik sah di negara ini.

Bernama melaporkan keputusan penerimaan secara prinsip itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Mkini.
Bharian pula dalam berita bertajuk "" melaporkan:
Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini dengan nama singkatan PPBM. - Bharian.
Juga dilaporkan:
Ahmad Zahid berkata, nama singkatan PPBM diluluskan selepas rundingan dilakukan di antara parti itu dan ROS.

"Bersatu (singkatan nama parti) tidak boleh digunakan kerana ada enam parti politik di negara ini yang menggunakan perkataan itu (dalam nama parti mereka)," katanya. - Ibid.
Nasib malang la Dr. Mahathir pasainya nama Bersatu tu boleh bagi kesan yang cukup besar kepada parti baru Dr. Mahathir.

mStar pada 11 Ogos dalam berita bertajuk "Ku Nan Pertikai Nama Parti Bersatu" melaporkan:
Perkataan 'bersatu' tidak seharusnya digunakan sebagai nama dalam sesebuah parti, termasuk yang terbaharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Setiausaha Agung Umno itu berkata, penggunaan perkataan itu boleh mengelirukan rakyat kerana ia digunakan secara umum.

"Dia nak tubuh (parti baharu) tak apa. Tapi dia tak boleh guna 'bersatu' kerana ia sesuatu yang "common".

"Jadi saya merayu kepada RoS (Pendaftar Pertubuhan) nak lulus, luluslah. Tapi kalau boleh minta mereka jangan guna pakai 'bersatu'," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan jalan sambungan Jalan Jalil Perkasa 7 ke Jalan Barat, Bukit Jalil, di sini, Khamis. - mStar.
Selain dari satu nama yang mudah untuk diingat, nama tu juga boleh terus melambangkan hasrat yang Dr. Mahathir nak bawa melalui parti baru tu.

Nama Bersatu tu cukup berbeza kesannya berbanding nama PPBM yang kalau tengok sekali lalu nampak lebih kurang serupa saja macam parti-parti lain macam PBRS, SPDP, PBS, PPM, AMIPF, MIUP, PCM, MMSP, MCC.

Kalau orang yang tak betul-betul celik politik semasa tak heran kalau depa kata parti PPBM tu parti di Sabah atau Sarawak.

Walaupun macam tu, nampaknya Dr. Mahathir takdak pilihan terpaksa setuju dengan nama PPBM sebab kalau berkeras juga nak guna akronim Bersatu besar kemungkinan kelulusan parti baru akan ditangguhkan dan besar kemungkinan takkan diluluskan sebelum PRU14.

Dalam pada itu Malaysiakini juga melaporkan:
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kelulusan itu diberikan secara dasar kerana PPBM perlu terlebih dahulu menjelaskan lebih lanjut peranan pengerusi dan presiden parti sebelum surat rasmi kelulusan dikeluarkan.

"Berdasarkan perlembagaan parti itu, pengerusi berperanan mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi, manakala presiden mempengerusikan mesyuarat majlis presiden," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini. - Ibid.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...