Surat Anwar dari penjara: Kenapa 'kartel Azmin' sanggup kata palsu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 17, 2016

Surat Anwar dari penjara: Kenapa 'kartel Azmin' sanggup kata palsu?

Apa pun kita tunggu apa pulak mainan Azmin seterusnya rentetan bahang surat Anwar Ibrahim dari penjara ni, dan apa pulak tarian yang akan dipersembahkan oleh 'kartel' pemakan dedak pemberian Azmin.

Malaysiakini dalam beria bertajuk "'Surat panjang lebar' dari Anwar palsu - Samsul Iskandar" melaporkan:
Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, hari ini, menafikan wujudnya 'surat panjang lebar' dari Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang.

Sehubungan itu, Shamsul yang juga anggota parlimen Bukit Katil mempersoalkan kewujudan surat tersebut dan menegaskan bahawa Anwar konsisten dengan kandungan Deklarasi Rakyat dan menyokong perkara tersebut. - Mkini.
Juga dilaporkan:
"Info dari Penjara Sungai Buloh. Maklumat diterima melalui Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pimpinan dan dibawa ke pembincangan Mesyuarat Biro Politik Keadilan Pusat. Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus surat panjang lebar yang dibacakan di Biro Politik malam ini menyatakan kekesalan beliau mengenai keterlibatan melampau parti dan pimpinan di dalam Deklarasi Rakyat, berpesan supaya pimpinan waspada dgn muslihat Mahathir-Daim.

"Pesan Ketua Umum beware the serpent that stings now wears the crown (memetik Shakespeare). Harap semua Pimpinan KEADILAN Negeri, Ketua - Ketua Cabang, Sayap AMK, Sayap Wanita dan anggota KEADILAN seluruhnya bijak menilai," tulis kenyataan AMK negeri itu. - Ibid.
Yang hairannya macamana pulak Rafizi Setiausaha Agung PKR mengesahkan pulak surat tu sah dari Anwar. Bila Setiausaha Agung kata surat Anwar dari penjara tu sahih dan benar. Langsung tak munasabah Setiausaha Agung berani mengesahkan kalau surat tu palsu, tambah-tambah bila sebelum tu Naib Presiden ada kata yang surat tu palsu.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "Rafizi: Surat pedas Anwar berkaitan Dr Mahathir sah" melaporkan:
Walaupun dinafikan seorang naib presidennya, terdapat pemimpin kanan lain PKR yang menegaskan surat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan kegusaran dengan langkah Tun Dr Mahathir Mohamad benar-benar wujud.
Bagaimanapun, berdasarkan semakan dengan Rafizi Ramli, setiausaha agung PKR itu mengesahkan kesahihan surat itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu dan berharap orang ramai membaca dan menilai sendiri kandungannya.

"Surat itu benar. Saya tak nak ulas lanjut. Biar rakyat baca dan buat penilaian," katanya kepada Malaysiakini. - Mkini.
Kalau betul macam ditulis AMK Pulau Pinang yang surat tu dibaca dalam mesyuarat Biro Politik PKR Pusat, macamana Shamsul Iskandar boleh kata palsu.

Aku tak pasti sama ada Shamsul Iskandar ni ahli Biro Politik PKR, tapi kalau pun dia bukan ahli biro tu takkan maklumat yang 'sangat penting' macam tu tak sampai pada dia sedangkan dia salah seorang Naib Presiden,

Ironinya, dalam keadaan macam ni aku terus terbayang muka  Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang semenjak dua menjak ni sering dikaitkan dengan 'kertel'nya yang tentunya melibatkan nama Shamsul Iskandar.

Tambah-tambah bila dalam surat dari Penjara tu nampak jelas Anwar macam tala lebih ke Azmin, Malah aku yakin petikan sajak Shakespeare tu pun secara tersiratnya Anwar tala ke Azmin.
‘The serpent that did sting… Now wears the crown.’ (‘Berhati-hati jangan dipatuk dua kali…
Ular itu kini memakai mahkota’ [Shakespeare]) - Ibid.
Kalaupun 'the serpent' tu tak Amwar merujuk kepada Azmin tapi aku yakin ramai yang akan bersetuju dengan apa yang aku nampak.

Natijah surat tu sangat besar dan berat kepada Azmin yang bercita-cita untuk ambil alih kepimpinan PKR makanya bahang surat tu sangat-sangat perlu 'dicantas' sesegera mungkin.

Jadinya memang tak heran Shamsul Iskandar dengan pantas keluarkan kenyataan sanggah status AMK Pulau Pinang tu dan kata surat tu palsu, sekurang-kurangnya boleh mewujudkan keraguan awal sebelum 'tindakan' selanjutnya yang 'lebih konkrit' dapat diambil.

Apa pun kita tunggu apa mainan Azmin seterusnya rentetan bahang surat Anwar Ibrahim dari penjara ni, dan apa pulak tarian yang akan dipersembahkan oleh 'kartel' pemakan dedak pemberian Azmin.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...