Siapa 10 Adun PAS Kelantan yang sokong Husam? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 09, 2016

Siapa 10 Adun PAS Kelantan yang sokong Husam?

Apa pun kita terpaksa tunggu pengumuman seterusnya dari Cikgu Wan Rahim yang kata akan umumkan nama 10 Adun PAS Kelantan lompat masuk Amanah tu selepas Hj Husam dapat surat rasmi pemecatannya dari Pejabat Setiausaha Agung PAS Pusat.

Sinarharian hari ini dalam laporan bertajuk "Siapa 10 YB sokong Husam?" melaporkan:
Tindakan Pas memecat bekas Naib Presidennya, Datuk Husam Musa dikatakan tidak memberi kesan besar kepada Pas secara keseluruhannya.

Malah, dakwaan mengatakan terdapat 10 wakil rakyat yang bakal melompat parti seperti mana dakwaan Pengerusi Parti Amanah Rakyat (Amanah) Kelantan, Datuk Wan Rahim Abdullah juga dilihat samar.

Sebelum ini, beberapa wakil rakyat yang dinamakan untuk beralih arah sudah beberapa kali menafikan dakwaan tersebut.

Umum mengetahui, kesemua wakil rakyat berkenaan masih terikat dengan baiah yang dilafazkan di hadapan bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. - Sinarharian.
Juga dilaporkan:
Menurut sumber Sinar Harian, tidak kurang tiga ahli parlimen dan lapan Adun Kelantan yang dikatakan mempunyai persamaan corak pemikiran dengan Husam khususnya dalam soal hubungan politik PKR dan DAP.

Malah, salah seorang pemimpin Kerajaan Kelantan sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan secara neutral, dengan menggesa Husam dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjernihkan hubungan. - Ibid.
Sinarharian pada 7 April dalam berita bertajuk "Dakwaan 10 Adun sertai Amanah hanya rekaan" melaporkan:
Dakwaan 10 Adun Pas akan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) sekiranya bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dikenakan tindakan disifatkan tidak betul dan hanya rekaan dari pihak yang tidak sehaluan dengan Pas.

Adun Tendong, Mohd Rozi Mohamad berkata, dakwaan itu juga dilihat satu strategi untuk kepentingan politik pihak tertentu sedangkan situasi sebenar tidak sebagaimana digambarkan.

“Ramai wakil rakyat buat penafian sebelum ini, sebenarnya tidak ada apa- apa yang berlaku, sebagaiman di Tendong sendiri, Amanah tidak begitu memberi kesan sehingga boleh mengaitkan parti itu dengan rakyat di sini.

“Cuma mungkin sebelum ini terdapat percanggahan pendapat dalam satu dua isu sebelum ini, ia dilihat bertentangan dengan parti menyebabkan orang nampak kita tidak sayang pada parti, sedangkan hakikatnya bukan begitu,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini. - Sinarharian.
Setakat ini aku belum jumpa senarai 10 Adun PAS Kelantan akan lompat masuk Amanah tu. Entah betul entah tidak aku pun tak pasti dan aku sendiri secara peribadi kurang yakin kebenaran cerita ni. Setakat khabar angin yang nampak lebih kepada mainan saraf ni tak berapa nak boleh pegang.

Apa pun macam keratan akhbar kat bawah ni, kita terpaksa tunggu pengumuman seterusnya dari Cikgu Wan Rahim yang kata akan umumkan nama 10 Adun PAS Kelantan lompat masuk Amanah tu selepas Hj Husam dapat surat rasmi pemecatannya dari Pejabat Setiausaha Agung PAS Pusat.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...