Pengundi diseru letak tanda seru (!) di kertas undi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 27, 2016

Pengundi diseru letak tanda seru (!) di kertas undi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Macamana Gerakan Mahasiswa Amarah  (GeMa) boleh gesa pengundi PKR Kuala Kangsar dan Sungai Besar supaya rosakkan kertas undi dengan letakkan simbol tanda seru (!) tapi dalam masa yang sama depa juga gesa supaya pengundi tidak turun mengundi.

Siswa-kempen-protes-PRK-rosakkan-undi-PRK-Kuala_Kangsar-Sungai-Besar
Malaysiakini dalam berita bertajuk "Siswa kempen protes PRK, rosakkan undi" melaporkan:
Gerakan Mahasiswa Amarah (GeMA) mendesak pengundi di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar supaya merosakkan undi mereka atau tidak turun mengundi sebagai tanda protes kepada parti-parti politik di negara ini.

Koordinatornya Wafiuddin Rosli berkata parti politik dari kerajaan dan pembangkang tidak lagi menjadi harapan kepada rakyat dan mahasiswa ekoran semakin hari semakin banyak krisis melanda negara. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Katanya, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak ada makna lagi untuk mempertahankan mana-mana parti politik baik kerajaan mahupun pembangkang.

“PRK yang bakal berlangsung ini bukanlah satu aset berharga buat rakyat tetapi ia adalah medan terbaik untuk mengajar parti politik di Malaysia supaya berpolitik di Malaysia dengan sebetulnya,” katanya.

Dalam sidang media yang dihadiri empat anggotanya, mereka berkata Barisan Nasional yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak gagal menjadi kerajaan yang baik lebih-lebih lagi apabila terpalit dengan skandal derma RM2.6 bilion.

Namun mereka berpendapat pembangkang juga bukan alternatif terbaik untuk menggantikan BN kerana gagal mengurus krisis sesama parti komponen malah terus berpecah dan bertikam lidah sesama sendiri. - Ibid. 
Dari satu sudut aku cukup bersetuju dengan apa yang depa kata tu, memang sangat-sangat tepat.

Cuma masalahnya, Gerakan Mahasiswa Amarah (GeMA) ni pun nampak macam tak berapa nak boleh diharap.

Malaysiakini dalam berita tersebut juga melaporkan:
“Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlu merosakkan undi dengan simbol tanda seru (!) kepada semua ruang tanda kertas undi pada PRK akan datang.

“Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak perlu turun mengundi dan memperbanyakkan amalan bulan Ramadan sewaktu PRK. - Ibid.
Macamana Gerakan Mahasiswa Amarah  (GeMa) boleh gesa pengundi PKR Kuala Kangsar dan Sungai Besar supaya rosakkan kertas undi dengan letakkan simbol tanda seru (!) tapi dalam masa yang sama depa juga gesa supaya pengundi tidak turun mengundi.

Depa sebenarnya nak pengundi rosakkan kertas undi ataupun nak pengundi boikot dan tak keluar mengundi?

Mungkin depa pun masih tak boleh buat keputusan nak yang masa satu. Gesa pengundi rosakkan kertas undi dengan tanda seru (!) mungkin nampak lebih mengancam tapi gesa pengundi boikot terus PRK mungkin nampak lebih mudah untuk 'nampak berjaya'.

Apa pun, aku cukup yakin, walau sekuat mana pun Gerakan Mahasiswa Amarah berkempen, keputusannya nanti takkan ramai pengundi yang akan akan rosakkan kertas undi dengan bubuh tanda seru (!) tu. Malah aku yakin, bilangan kertas undi rosak takkan boleh dapat jumlah 'tidak hilang wang deposit'.

Pasainya bukan saja parti pemerintah dan parti-parti pembangkang tak boleh diharap tapi majoriti pengundi pun sama jugak, tak boleh diharap.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...