Antara alasan Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 Akta Mahkamah Syariah yang Hj Hadi bawa tu tak dibentang untuk dibahas di Dewan Parlimen dalam sidang-sidang sebelum ini adalah RUU ni belum dapat perkenan Majlis Raja-raja.
AstroAwani dalam berita bertajuk "Hudud: Selepas RUU dibenar dibahas, Hadi pula minta tangguh" melaporkan:
Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian mengenai Hudud hari ini buat pertama kalinya dibenar untuk dibentangkan di sidang Dewan Rakyat, selepas ia dipercepatkan untuk dibahaskan.
Usul untuk mempercepatkan RUU itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina di bawah Peraturan Mesyuarat 14(2) supaya ia dapat dibentangkan di persidangan hari ini - AstroAwani.
Banyak sungguh teka-teki berkenaan kejadian usul RUU Ahli Persendirian yang Hj Hadi bawa di Dewan Parlimen semalam.
Yang pertama macamana secara tiba-tiba Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh buat usul supaya usul RUU tu dipercepatkan sedangkan usul tu dalam agenda terakhir no. 15 yang kalau ikut susunan memang takkan sempat dibentangkan semalam, hari terakhir persidangan Dewan Rakyat kali ni.
Yang keduanya macamana Ahli Parlimen BN dari MCA dan MIC pun boleh tak tau yang Azalina bawa usul supaya agenda no.15 tu didahulukan melangkau agenda lain.
Roketkini dalam betira bertajuk "Mengapa Hadi tidak terus bahas usul hudud di Parlimen hari ini?" melaporkan:
“Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera menambah, tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman, mempercepatkan usul Hadi juga menimbulkan keraguan banyak pihak.Yang ketiganya pasai apa pulak tiba-tiba Hj Hadi yang bawa usul minta perbahasan usul tu ditangguhkan selepas usul tu diterima dengan suara majoriti dan speaker boleh pulak bersetuju dengan permintaan Hj Hadi tu.
Ia merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku. Dalam keadaan ramai Ahli Parlimen BN dari parti MCA dan MIC sendiri tidak tahu mengenai usul yang dibawa oleh Azalina tadi, jelas bahawa hanya UMNO dan PAS yang mengetahuinya. - Roketkini.
Sidang Dewan Parlimen akan datang adalah pada bulan Oktober depan, lebih 5 bulan lagi, satu tarikh yang cukup panjang dan macam-macam boleh berlaku dalam tempoh itu.
Lebih mushkil lagi bila Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Pengerusi BN seolah-olah jadi jurucakap kepada Hj Hadi.
Bernama dalam berita bertajuk "RUU Persendirian Untuk Tingkat Kuasa Mahkamah Syariah - Ahmad Zahid" melaporkan:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembentangan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berhubung Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat hari ini adalah bagi meningkatkan lagi kuasa yang ada pada Mahkamah Syariah.Yang paling memushkilkan, antara alasan Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 Akta Mahkamah Syariah yang Hj Hadi ni tak dibentang untuk dibahas di Dewan Parlimen dalam sidang-sidang sebelum nini adalah RUU ni belum dapat perkenan Majlis Raja-raja. Adakah usul RUU yang Hj Hadi bawa tu sudah mendapat persetujuan Majlis Raja-raja?
"Ini untuk meningkatkan lagi fungsi Mahkamah Syariah sahaja dan hanya untuk orang Islam," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika mengulas pembentangan usul berkenaan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Bernama.
Bernama pada 1 Mac 2016 dalamberita bertajuk "PAS Tunggu Perkenan Majlis Raja-raja Sebelum Bentang Hudud Di Parlimen" melaporkan:
PAS masih menunggu perkenan daripada Majlis Raja-Raja sebelum membentangkan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen bagi memberi laluan kepada pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.Apa pun, aku yakin skrip episod ni Umno yang buat bukan sekadar berkaitan PRK macam yang mungkin ramai andaikan tapi lebih besar lagi, adalah usaha untuk mengagalkan 'grand design' yang Dr. Mahathir sedang buat.
Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata jawatankuasa teknikal bersama negeri dan Persekutuan berhubung pindaan terhadap akta itu masih belum menerima persetujuan daripada Sultan-sultan di beberapa negeri.
“Secara umumnya segala pindaan yang dibuat yang melibatkan Mahkamah Syariah dan undang-undang Islam ini kena dapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja. - Bernama.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis