Tak tolak Bajet 2016: Ahli Parlimen PAS terpaksa tunduk kepada kuasa veto Hj Hadi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 02, 2015

Tak tolak Bajet 2016: Ahli Parlimen PAS terpaksa tunduk kepada kuasa veto Hj Hadi?

Tak mustahil ada ahli parlimen PAS yang terpaksa akur dengan 'kuasa veto' yang ada pada Presiden PAS sekarang ni, tak sanggup dilabel sebagai 'menentang ulama'.

Malaysiakini melaporkan:
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan memberi reaksi tidak berapa kisah dengan keputusan PAS tidak mahu mengundi menolak belanjawan 2016.

Ditanya sama ada beliau kecewa dengan pendirian PAS itu, Azizah memberitahu pemberita di lobi parlimen: “Itu pandangan mereka”.

Bagaimanapun, katanya, daripada apa yang beliau dengar sebelum itu, Ketua Whip PAS Datuk Takiyuddin Hassan mempunyai pendirian sebaliknya.

“Tetapi jika itu pendirian PAS, OK,” kata anggota parlimen Permatang Pauh itu lagi. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Sementara itu, Azizah percaya anggota PAS mungkin tidak sependapat dengan pendirian parti mereka.

Beliau berharap apabila tiba masa mengundi menerima belanjawan atau usul tidak percaya terhadap perdana menteri, wakil rakyat PAS dan BN akan mengundi berdasarkan suara hati masing-masing.

“Hakikatnya terdapat rasa tidak puas hati dengan perdana menteri, dan ini akan tergambar semasa usul tidak percaya,” kata Azizah. - Ibid.
Aku yakin ada benarnya kenyataan Ketua Pembangkang. Aku yakin sebelum ni Sebagai ketua Pembangkang, Dr. Wan Azizah dah pernah minta pandangan dari Wakil Rakyat Kota Bharu yang juga ketua Whip PAS di Parlimen.

Lagi pun, macam isu angkat plakat "Mana RM2.6 Billion" di parlimen sebelum ni ada beberapa orang Ahli Parlimen PAS yang turut sama angkat plakat tu.

Sebelum ni AstroAwani melaporkan:
PAS akan mengambil langkah berkecuali serta tidak akan menyokong usul penolakan Bajet 2016, lapor Sinar Harian pada Ahad.

Menurut presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kesemua Ahli Parlimen PAS juga telah sebulat suara bersetuju untuk tidak menyertai usul itu. - AstroAwani.
Aku tak pasti bila Ahli Parlimen PAS buat keputusan sebulat suara bersetuju tu, mungkin kut depa ada buat mesyuarat tak rasmi dan tak war-warkan pasai mesyuarat tu, dan tak mustahil ada ahli parlimen PAS yang terpaksa akur dengan 'kuasa veto' yang ada pada Presiden PAS sekarang ni, tak sanggup dilabel sebagai 'menentang ulama'.

Aku sangat-sangat yakin ada ahli parlimen PAS yang berbeza pendapat dalam isu ni dan kalau dibagi kebebasan untuk depa mengundi tentu punya ada beberapa orang Ahli Parlimen PAS yang akan undi sokong tolak Bajet 2016 tu.

Apa pun, elok juga la PAS buat macam tu, pasainya kalau tidak besar kemungkinannya akan jadi macam insiden angkat plakat tu, kesian kat Hj Mahfuz dan Ust Zailah kena belasah dengan para penyokong Geng Ostat dalam mediabaru.

Yang paling kesian sekali Ust Zailah, bekas Ketua Muslimat PAS Pusat yang tersingkir setandan dengan pemimpin progresif dalam pas masa pemipiohan sebelum ni tapi masih setia dengan Geng Ostat, yang terpaksa tebal muka masuk TV minta maaf secara terbuka pasai isu angkat plakat tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...