Apa rasionalnya Hj Hadi tak akan sokong usul tolak Bajet Najib 2016? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 02, 2015

Apa rasionalnya Hj Hadi tak akan sokong usul tolak Bajet Najib 2016?

Aku tak nampak rasional tindakan Hj Hadi kali ni selain dari nak ujudkan suasana kondusif untuk PAS dan Umno bergabung secara politik walau apa pun alasan yang Hj Hadi bagi

AstroAwani melaporkan:
PAS akan mengambil langkah berkecuali serta tidak akan menyokong usul penolakan Bajet 2016, lapor Sinar Harian pada Ahad.

Menurut presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kesemua Ahli Parlimen PAS juga telah sebulat suara bersetuju untuk tidak menyertai usul itu.

“Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi membangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif. - AstroAwani.
Astro Awani juga melaporkan:
“Setuju dengan UMNO bukan bermaksud kita akan jalankan kerjasama politik dengan mereka kerana PAS lebih selesa duduk di luar BN, bukan di dalam BN malah kita tidak akan bergabung dengan UMNO. - Ibid.
Sungguh! Aku tak nampak rasional tindakan Hj Hadi kali ni selain dari nak ujudkan suasana kondusif untuk PAS dan Umno bergabung secara politik walau apa pun alasan yang Hj Hadi bagi.

Tambah-tambah bila Hj Hadi gunakan alasan:
Dalam pada itu, Abdul Hadi, turut mengakui bersetuju secara dasarnya dengan bantuan-bantuan yang diberi kerajaan terhadap rakyat.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak bersetuju dengan cara pelaksanaan dan pengurusan bantuan tersebut kerana dilihat "berlaku banyak kepincangan". - Ibid.

Bajet tak sepatutnya dilihat hanya kepada apa dan banyak mana Bajet tu bagi kepada rakyat tapi yang lebih penting adakah Bajet tu benar-benar menguntungkan rakyat secara keseluruhannya.

Tambah-tambah macam yang diulas ramai pengulas ekonomi yang kata bajet 2016 langsung tak menggambarkan persediaan Malaysia nak hadapi ekonomi yang dijangka lebih tak stabil tahun depan dengan cabaran ekonomi yang lebih hebat.

Malaysiakini pula melaporkan:
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyatakan rasa kesal terhadap kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti Islam itu tidak akan menolak Bajet 2016.

"Saya harap PAS akan mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak menolak bajet itu.

"Saya takut keputusan tidak menolak bajet oleh mana-mana anggota parlimen pembangkang daripada mana-mana parti memberikan kedudukan yang tidak baik pada hati nurani dan rakyat," katanya kepada Malaysiakini.

Rafizi berkata ini kerana bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah "terburuk yang pernah berlaku".

Naib Presiden PKR itu juga berkata ia juga merupakan harapan takyat untuk melihat Najib disingkirkan daripada perjabatnya.

"Empat daripada lima orang tidak gembira dengannya," katanya.

"Oleh itu, saya rasa tiada ada apa yang tinggal yang baik tentang pentadbirannya yang menjamin pendekatan dua parti.

"Hakikatnya, saya fikir ia adalah tanggungjawab moral setiap ahli Parlimen untuk mengundi menolak bajet untuk menyingkirkan Najib," katanya. - Mkini.
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...