Ucapan berani Muhyiddin tu menyebabkan dia diserang teruk ramai pemimpin utama Umno termasuk Zahid Hamidi yang dilaporkan oleh Bharian sampai minta Muhyiddin keluar Umno secara sukarela.
(Video penuh di akhir artikel) |
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Putrajaya pernah cuba meluluskan suntikan dana sebanyak RM3 bilion untuk syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, tindakan itu bagaimanapun gagal apabila Jemaah Menteri menolak cadangan berkenaan.
"Selepas pinjam (dari) T Anandha Krishnan RM2 bilion, nak pinjam lagi RM3 bilion. Berapa bilion kita nak pinjam ni?" soal Muhyiddin merujuk kepada RM2 bilion yang dipinjamkan hartawan itu bagi membantu 1MDB menyelesaikan hutang banknya.
"Berniaga apa macam ini, pinjam atas pinjam," katanya ketika berucap pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk 'Berani kerana benar' anjuran akhbar Sinar Harian di Johor Baru hari ini. - TMI.
Malaysiakini pula melaporkan:
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membidas sesetengah pemimpin Umno sebagai pengecut kerana tidak bersuara dalam isu krisis negara.Ucapan berani Muhyiddin tu menyebabkan dia diserang teruk ramai pemimpin utama Umno termasuk Zahid Hamidi yang dilaporkan oleh Bharian sampai minta Muhyiddin keluar Umno secara sukarela.
Ia mungkin kenyataan paling keras pernah dibuat beliau sejak digugurkan dari kabinet Datuk Seri Najib Razak Julai lalu.
Muhyiddin menyifatkan, ketika negara dalam keadaan kelam-kabut di waktu ini beliau sahaja yang berani bersuara untuk memperbetulkan keadaan.
"Hanya saya seorang bersuara, yang lain buat apa?
"Saudara semua pengecut, takut kena pecat sebagai ketua cawangan, ketua bahagian dan ada juga wakil rakyat.
"Semua orang amat takut untuk bersuara walaupun keadaan negara dalam situasi begini tetapi tak mahu buat apa-apa. Orang luar tanya saya apa sudah jadi," katanya seperti dilaporkan SInar Harian.
Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda; Berani Kerana Benar anjuran Sinar Harian, hari ini. - Mkini.
Kat bawah ni rakaman ucapan penuh 'Bicara Minda Bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin' dengan tema Berani Kerana Benar yang anjuran SinarHarian.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis