Idea BANGANG Setiausaha Agung PAS untuk Kerajaan Selangor | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Oktober 27, 2015

Idea BANGANG Setiausaha Agung PAS untuk Kerajaan Selangor

Aku tak boleh bayangkan macamana kerjasama antara orang PAS dan DAP di peringkat akarumbi terutama sekali di peringkat JKKK. Malah kemungkinannya cukup tinggi untuk orang DAP dan PAS untuk saling sabotaj antara satu sama lain.

TheMalaysianInsider dalam berita bertajuk "Tidak mustahil Selangor ditadbir 2 pakatan pembangkang, kata PAS" melaporkan:
Kerajaan Selangor boleh mempunyai 2 pakatan pembangkang serentak, kata PAS hari ini, sekali gus menegaskan pendirian parti Islam itu meneruskan kerjasama dengan PKR dalam mentadbir negeri itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tidak mustahil kerajaan negeri itu ditadbir 2 pakatan, mengambil contoh ketika kewujudan parti Semangat 46 di Kelantan pada 1990.

"Dalam Semangat 46, kita ketika itu ada 2 pakatan. Ada pakatan antara Semangat 46 dan PAS daripada Angkatan Perpaduan Ummah untuk mentadbir Kelantan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Katanya, pada masa yang sama, Semangat 46 juga berada dalam gabungan pakatan pembangkang lain iaitu Gagasan Rakyat, yang tidak diwakili parti pembangkang di peringkat pusat seperti DAP. - TMI.
Pada aku ini adalah cadangan yang paling BANGANG dari PAS melalui Setiausaha Agung PAS yang juga merangkap Ketua Whip PAS di Parlimen YB Takiyuddin.

Tak BABGANG apanya bila Takiyuddin boleh samakan kes Kelantan tahun 1990 dengan kes di Selangor sedangkan keadaannya adalah sangat-sangat berbeza.

Di Kelantan masa tu DAP langsung takdak wakil dalam Kerajaan Negeri Kelantan, sedangkan di Selangor wakil DAP adalah yang paling ramai, langsung tak sesuai untuk dijadikan contoh.

Lagi pulak masa tu walaupuh DAP dan PAS takdak pakatan secara langsung tapi PAS dan DAP masa tu tidak 'bermusuh' macam hari ni. Hari ni semenjak isu krisis MB Selangor dulu boleh kata hampir sepanjang masa PAS dan DAP 'bertegang urat' termasuk secara terbuka di media.

Nampak sangat-sangat prejudis diantara PAS dan DAP sangat-sangat tinggi dan sangat-sangat teruk. Pada aku sungguh tak masuk akal PAS dan DAP di Selangor boleh duduk semeja untuk mentadbir Selangor.

Kalau takat di peringkat mesyuarat Exco mungkin takdak masalah sangat pasai sebagai ahli politik Exco PAS dan DAP takdak masalah kut untuk jadi pelakon yang baik beraksi munafik seolah-olah takdak masalah antara depa duduk bermesyuarat bersama.

Aku tak boleh bayangkan macamana kerjasama antara orang PAS dan DAP di peringkat akarumbi terutama sekali di peringkat JKKK. Malah kemungkinannya cukup tinggi untuk orang DAP dan PAS untuk saling sabotaj antara satu sama lain.

Pada aku cuma ada satu saja rasionalnya pasai apa Setiausaha Agung PAS sampai tahap terpaksa bagi cadangan tahap BANGANG macam ni, tak lain tak bukan pasai sayangkan GHANIMAH yang PAS telah sedang dan akan terima di Selangor selagi PAS bersama mentadbir Selangor.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...