Seluruh perwakilan Dewan Ulamak akan dimalukan oleh Majlis Syura? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Jun 09, 2015

Seluruh perwakilan Dewan Ulamak akan dimalukan oleh Majlis Syura?

Kalau Majlis Syura' tolak usul Dewan Ulama' tu seolah-olah nak tanam persepsi yang SELURUH perwakilan Dewan Ulama adalah jahil hukum hakam atau pun jahil bab awlawiyat atau sekurang-kurangnya jahil fomula asas bab 'yang mana lebih mudharat'.

Malaysiakini melaporkan:
Dewan Ulama PAS perlu mengakui kesilapan mereka berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP dan menyebabkan PAS tersepit dalam Pakatan, kata peguam dan bekas bendahari parti, Asmuni Awi.

“Perkara seperti ini harus menjadi pengajaran pada masa akan datang kepada semua pihak, dalam politik kita tidak boleh terburu-buru,” kata Asmuni dalam laporan Sinar Harian hari ini. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Laporan itu, turut melaporkan Asmuni merujuk kepada Fasal 7 Perlembagaan PAS dan berkata parti itu perlu bermuktamar semula jika ia mahu menarik balik usul itu yang diluluskan tanpa bahas minggu lalu.

“Dengan kata lain, usul diluluskan itu seperti undang-undang yang perlu dilaksanakan memandangkan gerak kerja dan pentadbiran PAS perlu mengikut keputusan muktamar seperti dicatatkan dalam perlembagaan," katanya - Ibid.
Itu pendapat Asmuni Awi, walaupun dia seorang peguam senior yang tak kurang hebatnya, yang sebelum ni pernah dilantik oleh TG Hj Hadi sebagai Pengerusi Lajnah Guaman PAS sebelum di lantik sebagai Bendahari Agung untuk sessi lepas, tak semestinya perndapat dan hujjah dia diterima pakai.

Sebelum ni aku terbitkan posting tulisan Zul Helmi, seorang peguam muda PAS yang sebelum ni aktif dalam Juham, Jabatan Undang2 dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Pusat yang memperincikan keabsahan usul Dewan Ulamak tu dengan merujuk Perlembagaan PAS dan jugak dari sudut persepsi.

Aku yakin lepas ni akan ada peguam PAS 'geng pro-UG' akan keluarkan pendapat dan penghujahan yang lain secara terbuka untuk tangkin hujahan Asmuni dan Zul Hazmi tu.

Hebat tara mana pun hujjah Asmuni dan Zul Hazmi atau teruk setara mana pun hujjah balas dari 'geng pro-UG' yang akan buat keputusan adalah hakim.

Dalam bab usul Dewan Ulamak ni yang jadi hakimnya tentu lah Majlis Syura Ulama. Macam hujjah persepsi Zul Hazmi, takkan Majlis Syura' nak malukan Dewan Ulama' kut.
Perlu diambil perhatian bahawa usul tersebut diusulkan oleh DUPP yang mana di dalamnya ada Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan seluruh ulamak hebat di dalam PAS.

Apabila DUPP yang dianggotai oleh seluruh ulamak sudah bersetuju meluluskan usul tersebut, adakah munasabah MSU yang hanya dianggotai oleh seramai 17 orang ahli boleh menafikan kelulusan DUPP?

Apabila usul tersebut diluluskan oleh DUPP yang mana di dalamnya ada Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan Ketua DUPP serta beberapa ahli MSU yang lain, adakah munasabah mereka yang meluluskan di DUPP akan mengubah tindakan mereka apabila mereka bertindak sebagai ahli MSU?

Di sana mereka luluskan, tiba-tiba di sini mereka hendak batalkan atau tangguhkan? - Ibid.
Bukan setakat tu saja, tapi kalau Majlis Syura' tolak usul tu seolah-olah nak tanam persepsi yang SELURUH perwakilan Dewan Ulama adalah jahil hukum hakam atau pun jahil bab awlawiyat atau sekurang-kurangnya jahil fomula asas bab 'yang mana lebih mudharat'.

Taktau la pulak kalau ahli Majlis Syura' lebih pentingkan habuan dunia untuk sebahagian besar ahli Dewan Ulamak berbanding maruah Dewan Ulamak secara keseluruhannya.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...