Takkan kut dia ingat komposisi pengundi di Penang sama macam di Terengganu yang pengundi melayunya seingat aku cuma 1 Dun saja iaitu Dun Bandar saja yang kurang dari 70%, yang lain semua lebih 80% malah majoritinya lebih 90%.
mStar melaporkan:
Perbalahan antara dua sekutu pakatan pembangkang semakin tidak terkawal apabila PAS mencabar supaya DAP membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, pembubaran DUN Pulau Pinang adalah wajar bagi mengukur kemampuan DAP yang disifatkan sombong dan angkuh. - mStar
Juga dilaporkan:
"DAP jangan terlalu angkuh. Jika benar mahu tahu kekuatan sebenar DAP tanpa sokongan PAS, cubalah bubarkan DUN Pulau Pinang sekarang dan tengok jawatan mana yang DAP boleh pegang dalam kerajaan yang baharu nanti.Itu isu penting yang dilaporkan akhbar mStar. Untuk berlaku adil hangpa kena baca teks penuh "Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Kualaa Terengganu" di facebook rasmi Dewan Ulama PAS Pusat.
"Masih boleh angkuh? Masih boleh sombong? Masih boleh tamak?" katanya pada Selasa.
Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media yang dimuat naik di Facebook rasmi Dewan Ulama PAS Pusat. - Ibid.
Yang pertama sekali, aku tak pernah jumpa lagi kut "Kenyataan Media" jenis macam tu, tak berapa nak nampak macam Kenyataan Media tapi lebih kepada "kenyataan luahan perasaan bengang".
Yang keduanya, memang ada relevannya jugak gesaan dia suruh DAP bubar Dun Penang untuk nak nak ukur kekuatan sebenar semasa DAP. Kita akan boleh tengok berapa kerusi yang DAP boleh menang dah berapa undi popular yang DAP boleh dapat.
Cuma yang BANGANGnya gesaan "kenyataan luahan perasaan bengang" tu bila dia dakwa:
"Seolah2 kemenangan mereka sehingga dapat dengan megahnya berpangkat besar sebagai ketua kerajaan negeri bukan hasil pengorbanan ribuan ahli2 PAS yg berkempen untuk mereka, puluhan ribu yg meramaikan sesi sesi propaganda mereka, menampal poster, mengiringi dan menjaga keselamatan mereka ke kawasan kawasan melayu malah jentera jentera PAS yg membuka pondok pondok dan bilik bilik gerakan, khas untuk membantu mereka. - Ibid."Takkan kut dia ingat komposisi pengundi di Penang terutama kerusi-kerusi yang DAP bertanding tu sama macam di Terengganu yang pengundi melayunya seingat aku cuma 1 Dun saja kurang dari 70%, yang lain semua lebih 80% malah majoritinya lebih 90%.
Yang ketiganya dan paling BANGANG sekali, aku yakin dia langsung tak terfikir yang kalau DAP bubarkan DUN Penang yang akan paling akan merosot sekali adalah undi calon PAS. Hasilnya PAS yang akan dapat malu besar nanti.
Takkan kut dia yakin pengundi cina yang undi calon PAS masa PRU13 dulu akan undi lagi calon PAS dengan berbagai persepsi negatif hasil berperang dalaman PAS sesama sendiri yang 'gila babi' sempena pemilihan baru ni.
Takkan dia tak terfikir akan ada sebahagian pengundi tegar PAS sendiri yang akan boikot calon PAS kalau pun mungkin tak buat sabotaj hasil perang dalam 'gila babi' tu..
Ditambah pulak dengan sebahagian besar undi dari ahli dan penyokong PKR kalau pun tak semua yang takkan undi calon PAS sebab kecewa dengan tindakan PAS yang jadi punca Pakatan Rakyat jadi cempera.
Masa bersama Pakatan Rakyat masa PRU13 sebelum ni pun PAS cuma mampu menang 1 kerusi saja, takkan bila ada pilihanraya dalam masa terdekat ni kerusi PAS akan bertambah.
Realitinya yang PAS menang 1 kerusi tu pun aku yakin hasil saki-baki kesan kerjabuat allahyarham Hj Hamdan dan jentera di bawah dia yang sungguh-sungguh buat kerja 'tambah undi PAS' di Dun Permatang Pasir tu.
Dan harus diingat, Dun Permatang Pasir tu di dalam Parlimen Permatang Pauh yang ditandingi oleh Anwar Ibrahim.
Tentu punya prestasi calon PAS akan lebih buruk dari prestasi macam PRU13 yang lepas.
Tapi, taktau la pulak kalau masa dia karang "kenyataan luahan perasaan bengang" tu dia buat dengan angan-angan PAS dah bergabung bersama Umno dalam BN. Kalau angan-angan dia macam tu memang SAH pemimpin PAS Terengganu tu BANGANG... Hahaha...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis