Tak mungkin TG Hj Hadi akan setuju PSM nak masuk Pakatan Rakyat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 10, 2014

Tak mungkin TG Hj Hadi akan setuju PSM nak masuk Pakatan Rakyat?

Tak mungkin kut tiba-tiba PAS boleh pulak terima untuk bekerjasama dengan terima PSM. Akan nampak teruk sangat kut flip flop kalau Presiden PAS terima PSM masuk Pakatan Rakyat.

Sumber: Ibid.
Sinarharian melaporkan:
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mendapatkan konsensus daripada parti komponen dalam PR terlebih dahulu sebelum menerima pelawaan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Beliau berkata, walaupun idea itu baik, namun perkara itu perlu dibincangkan antara PKR, DAP dan Pas sebelum mencapai sebarang keputusan dan pendirian untuk bersama untuk bekerjasama menumbangkan BN pada PRU14 akan datang. - Sinarharian.
Juga dilaporkan:
"Saya perlu dapatkan konsensus dengan PR, baru kita respons dan mengadakan mesyuarat mengenainya, tetapi kita masih rapat dalam kebanyakan program kita," katanya secara ringkas kepada pemberita yang ditemui di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari in. - Ibid. 
Aku langsung tak rasa Presiden PAS akan setuju dengan cadangan ni, Kemungkinan tu mungkin ada tapi sangat-sangat tipis, Sekurang-kurangnya kemungkinan sangat-sangat tipis selagi TG Hj Hadi pegang jawatan Presiden PAS.

Terutama sekali dalam keadaan sekarang ni aku langsung tak yakin Anwar Ibrahim mampu untuk mempengaruhi Presiden PAS TG Hj Hadi untuk terima PSM masuk dalam Pakatan Rakyat.

Takkan kut kita dah lupa macamana kemelut kerusi Dun Kota Damansara yang PKR serahkan kepada pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr. Nasir Hsahim tapi PAS turut meletakkan Ust sebagai calon PAS atas alasan PSM bukan rakan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat.

Tapi itu bukan sebab sebenar PAS letak calon kat situ, sebab sebenarnya macam yang TG Hj Hadi sendiri bila ulas pasai pertindihan calon yang aku yakin merujuk kepada kes Dun Kota Damansara:
"Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin, macam mana orang PAS hendak sokong, orang PAS kerjasama dengan Keadilan dengan DAP saja, tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, ada orang parti Stalin, parti Lenin, menjulang Lenin dan Stalin, (sebut pun tak berapa betul dah, nama bukan nama kita) orang Rusia, Karl Marx.

Gambar Karl Marx duduk dalam markaz, nak suruh orang Pas kerja, Karl Marx ni macam Nabi Muhammad dialah, yang menganut idealogi komunis, ideologi komunis diharamkan di Malaysia, dia tepek (lekat) gambar Karl Marx dalam markaz, macam mana orang PAS hendak kerja." - Transkrip ucapan TG Hj Hadi - Youtube
Tak mungkin kut tiba-tiba PAS boleh pulak terima untuk bekerjasama dengan terima PSM. Akan nampak teruk sangat kut flip flop kalau Presiden PAS terima PSM masuk Pakatan Rakyat.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...