Betapa 'rasionalnya' elaun Ahli Parlimen dinaikkan kalau tidak depa terpaksa 'ikat perut'. Mungkin sebab terpaksa 'ikat perut' kut ramai sebelum ni ada yang terpaksa ponteng sidang perlimen.
Malaysiakini melaporkan:
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan cadangan kenaikan gaji anggota Dewan Rakyat.
Bagaimanapun beliau menegaskan kenaikan itu harus dilakukan dengan kadar yang rendah dan munasabah kerana ia sudah lama tidak dinaikkan. - Mkini.
Malaysiakini juga melaporkan:
"Saya menunggu cadangan daripada kerajaan, dan pada dasarnya kita setuju kalau kenaikan itu pada tahap yang rendah dan munasabah," kata beliau kepada Malaysiakini di lobi Parlimen hari ini.Nampak gayanya hampir pasti la kut elaun Ahli Parimen akan dinaikkan. Kalau ketua pembangkang pun dah setuju takkan yang lain nak tak setuju. memang 'rasional' kut kalau 'rendah dan munasabah'.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa ketua pembangkang Anwar telahpun bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan gaji para MP.
Shahidan berkata elaun MP yang sekarang ini berjumlah kira-kira RM6,500 adalah antara yang paling rendah di dunia.
Beliau berkata cadangan kenaikan pada 2012 sebelum ini tidak dipersetujui pembangkang. - Ibid.
Tambah-tambah pulak bila menteri kata berapa 'rasionalnya' elaun Ahli Parlimen dinaikkan kalau tidak depa terpaksa 'ikat perut'. Mungkin sebab terpaksa 'ikat perut' kut ramai sebelum ni ada yang terpaksa ponteng sidang perlimen.
Lagi pun langsung tak rasional kalau elaun Ahli Parlimen kita lebih rendah dari elaun rakan sejawatan depa di Uganda.dan Kemboja.
Tak penting sangat kut apa persepsi rakyat yang terpaksa buat kerja tambahan semata-mata untuk tambah pendapatan yang sentiasa tak cukup sampai hujung bulan.
Tak penting sangat kut persepsi lebih 170,000 anak-anak muda lepasa universiti yang bakal disenarai hitam sebab tak mampu nak bayar hutang PTPTN.
Dan tak penting sangat kut apa persepsi golongan miskin terutama sekali golongan NGO (noreh getah orang) yang sangat terasa kesempitan hidup pasai harga getah yang cukup murah sekarang ni.
Harap-harap lepas ni takdak Ahli Parlimen yang 'ponteng' sidang perlimen sebab depa tak perlu lagi 'ikat perut'.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis