Sketsa 'konpirasi jatuhkan Hadi' ni tak lebih dari sekadar kempen untuk pemilihan PAS tahun depan. Dan sebenarnya bukan sekadar untuk pertahankan presiden tapi lebih dari itu untuk 'rampas balik' jawatan Timbalan Presiden.
AstroAwani melaporkan:
Dakwaan Anggota Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang berkata wujud konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama, merupakan strategi awal pemilihan pimpinan parti itu tahun depan, kata Prof Madya Dr Shaharuddin Baharuddin.
Dr Shaharuddin berkata, dakwaan tersebut dibuat hanyalah sebagai satu perang psikologi Nik Mohamad Abduh untuk memastikan Abdul Hadi tidak dicabar dalam pemilihan pimpinan PAS tahun depan dan bagi memastikan kumpulan pro-ulama menguasai kepimpinan parti. - AstroAwani.
Juga dilaporkan:
"Dakwaan yang dibuat ini tidak ada asas dan fakta yang boleh digunakan untuk menguatkan bahawa ada usaha untuk jatuhkan Hadi dan ulama.Harakahdaily pada 4 Okt lepas menerbitkan artikel tulisan Ust Nik Abduh yang bertajuk "Islam tanpa syariat" yang dalam perenggan akhir setelah panjang lebar berteori menyatakan:
"Ini semua semata-mata kerana tahun depan akan ada pemilihan, jadi teori konspirasi ini hanya perang psikologi untuk memperlihatkan ada pihak yang kononnya jahat dalam PAS. - Ibid.
Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan TGHH dan memperlekeh Majlis Syura Ulamak PAS adalah projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab, YA. - Hrkh.Aku setuju dengan pendapat Dr. Shahruddin ni. Sketsa 'konpirasi jatuhkan Hadi' ni tak lebih dari sekadar kempen untuk pemilihan PAS tahun depan. Dan sebenarnya bukan sekadar untuk pertahankan presiden tapi lebih dari itu untuk 'rampas balik' jawatan Timbalan Presiden.
Aku malas nak hurai panjang-panjang apa yang ada dalam kepala otak aku, cuma kalau boleh nak bagi nasihat sikit.
Kalau nak berkempen pun agak-agak la sama. Jangan la sampai ujudkan persepsi yang bukan-bukan untuk PAS terutama sekali pada kacamata golongan pengundi atas pagar.
Kempen secara dalaman dah la, tak perlu la kut nak libatkan sampai ke peringkat antarabangsa. Tambah-tambah kalau 'teori konspirasi' lawak macam ni, akhirnya jadi bahan lawak kedai kopi perleceh PAS.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis