Pemilihan PAS 2015: Antara harapan atau angan-angan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Oktober 25, 2014

Pemilihan PAS 2015: Antara harapan atau angan-angan

Harapan aku selepas ni PAS dari sudut politik akan dipimpin oleh pemimpin yang tangkas dan berstrategi dan dari sudut dakwah pula akan gerakkan oleh ulama yang hebat yang tentunya akan dipandu oleh Majlis Syura Ulama yang dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan.

Aku berkongsi harapan dan angan-angan ni, harapan dan angan-angan agar PAS mengalami transformasi dalam masa terdekat ni.

Saf kepimpinan yang ada sekarang ni nampak macam semakin gagal memberi harapan dan menarik balik sokongan majoriti rakyat Malaysia kepada PAS.
Aku malas nak karang, cuma nak kopipes apa yang Zulhazmi peguam PAS yang kontroversi update status dalam facebook dia yang sama macam harapan aku.



Aku yakin ramai ahli dan penyokong PAS yang tak setuju dengan 'harapan' macam ni. Aku takdak masalah pasai PAS dalam bab pemilihan pemimpin menggunapakai konsep demokrasi.

Malah kalau ada yang lepas ni label aku macam-macam pun aku tak kisah pasai tu pun pada aku sebahagian dari hak demokrasi yang semacam dah diterima dalam PAS. Lagi pun aku yakin ramai jugak yang berkongsi harapan ni.

Dan aku takdak masalah untuk terima kalaupun akhirnya selepas muktamar PAS kali yang ke 61 nanti harapan ni akan sekodar jadi angan-angan.

Harapan aku dalam masa terdekat ni PAS dari sudut politik akan dipimpin oleh pemimpin yang tangkas dan berstrategi dan dari sudut dakwah pula akan gerakkan oleh ulama yang hebat yang tentunya akan dipandu oleh Majlis Syura Ulama yang dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...